Pages

Bahasa Arab

Pengenalan Asas Bagi Penuntut Bahasa Arab
Oleh : Mohd Sufian Bin Che Mat

Bagi mereka yang ingin menguasai Bahasa Arab, beberapa perkara asas perlu dititikberatkan sebelum memulakan pembelajaran iaitu :

Pertama : Mengenali huruf-huruf dalam Bahasa Arab

Sebagaimana sedia maklum, setiap bahasa di dunia ini mempunyai kod-kod tertentu yang  dipanggil huruf. Bagi Bahasa Arab adalah terdiri daripada 28 huruf yang amat mudah untuk diingati. Di sini saya kemukakan huruf dan juga sebutan yang dieja menggunakan Bahasa Melayu. 

ا    
ب  
ت  
ث  
ج  
ح  (ha') - dengan dilepaskan pangkal atas keronkong - bunyi angin sedikit keluar (seperti keadaan suara keluar ketika pedas)
خ  (kho')
د   (dal)
ذ   (dzal)
ر  (ro')
ز  (dzai)
س  (siin)
ش  (syein)
ص  (shodd)
ض  (dhodd)
ط   (tho')
ظ  (zho')
ع  (a'in)
غ (ghain)
ف (faa')
ق  (khoff)
ك  (kaff)
ل  (laam)
م   (miim)
ن  (nuun)
و  (wau)
ه  (haa')
ي (yaa')

Biasanya, menyebut huruf ini adalah senang, namun kebiasaannya ada pelajar yang menghadapi kesukaran menyebut huruf ر,س dan ض.
Untuk lebih jelas, sebutan yang betul sepatutnya dengan mendengar sebutan secara langsung dan seterusnya diperbetulkan oleh guru.