Pages

J-QAF, DPLI 2016 dan KPLI 2016

PERMOHONAN KPLI 2016

Untuk makluman, permohonan untuk Kursus Perguruan Lepasan Ijazah masih belum dibuka setakat ini. Untuk pengetahuan anda yang bakal bergelar pendidik, kebiasaannya masalah timbul semasa mengisi borang permohonan online kerana tidak ada persediaan dan perancangan yang teliti. Nasihat untuk anda sementara borang online belum dibuka, 3 LANGKAH MUDAH  yang boleh anda lakukan sekarang ialah :

1) Buka satu  fail

           Persediaan ini adalah perlu. Anda  tidak perlu menunggu hari mengisi borang untuk  mencari bahan-bahan yang diperlukan seperti salinan kad pengenalan, ijazah ( kerana ada tergantung di dinding  dalam frame atau tersimpan di tempat daripada fail sijil kerana saiznya yang besar ), sijil PMR, SPM, dan sijil-sijil berkaitan yang lain. Untuk makluman juga , bahan-bahan asal juga diperlukan nanti. Sebaiknya letak kesemuanya dalam satu fail. Nampak macam mudah, tapi kalau dah berselerak, sakit kepala juga nak cari. Jadi, baik anda mulakan sekarang.

2) Cari maklumat berkaitan pendidikan sebanyak mungkin.

          Maklumat berkaitan pendidikan ini amat berguna untuk anda sama ada untuk menambahkan motivasi diri bahawa andalah di antara calon yang akan berjaya bergelar PENDIDIK @ GURU @ USTAZ @ USTAZAH . Ia juga amat berguna untuk anda menghadapi apa-apa ujian bertulis ataupun temuduga.
Anda boleh juga mendapatkan maklumat mengenai istilah-istilah pendidikan contohnya pedagogi, teknik, kaedah, sejarah pendidikan, huraian sukatan pelajaran, sukatan pelajaran, set induksi, bahan bantu mengajar (BBM) dan sebagainya.

3) Sediakan diri dengan pengalaman mengajar

          Sementara anda mempunyai kelapangan, apa yang terbaik ialah menjadi guru ganti di mana-mana sekolah sama ada sekolah kerajaan atau swasta berbanding anda buat kerja-kerja lain. Ini kerana pengalaman mengajar memberi merit yang tinggi untuk dipilih nanti.

InsyaAllah, saya doakan kejayaan anda untuk mencapai cita-cita murni ini...





TAHNIAH KEPADA GURU PELATIH J-QAF YANG TELAH MENDAPAT PENEMPATAN
3 Februari 2015

Tahniah dan selamat bertugas kepada kalian sama ada di semenanjung (Selangor, Johor ) mahu pun di Sabah dan Sarawak. Jadikanlah medan ini sebagai ladang pahala untuk kalian berkhidmat mendidik anak-anak kaum muslimin.

SABAR KEPADA YANG MENDAPAT JAWAPAN "TERTAKLUK KEPADA KEPUTUSAN MESYUARAT".

Sabar menanti kerana insyaAllah rezeki kalian akan tiba,semoga ALLAH permudahkan urusan kalian.




TAHNIAH KEPADA YANG BERJAYA MENDAPAT TAWARAN J-QAF.

Sekalung tahniah dan kesyukuran dipanjatkan di atas kejayaan kalian yang memasuki medan pendidikan.Semoga dapat menjalankan amanah sebaik mungkin. Bagi yang masih belum berjaya, ustaz harap jangan jemu untuk terus memohon buat kesekian kalinya pada tahun 2013 nanti. Nasihat dari ustaz kepada yang masih belum berjaya supaya mengisi masa menganggur dengan menjadi guru ganti / guru agama swasta dan seumpamanya. Bersabar untuk kali ini dan jangan putus asa.

TAWARAN UNTUK MENGIKUTI PROGRAM DIPLOMA PERGURUAN LEPAS IJAZAH SEKOLAH RENDAH (DPLI-SR)  j-QAF
MOD LATIHAN PERGURUAN BERASASKAN SEKOLAH (LPBS) AMBILAN TAHUN 201X
DI INSTITUT PENDIDIKAN GURU
Berikut adalah maklumat berkaitan tawaran :
NO. KAD PENGENALAN:************
NAMA:*** ******* ** ** ********
NAMA KURSUS:A215A0000L
:PENDIDIKAN ISLAM (KPLI j-QAF)
TEMPAT DAFTAR KURSUS:MMA2001
Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu Melaka
JALAN MAKTAB, DURIAN DAUN,
75990 MELAKA
MELAKA
TARIKH DAFTAR:17 DISEMBER 201X
MASA DAFTAR:8.30 PAGI - 10.30 PAGI
PENEMPATAN SEKOLAH
NEGERI DI TEMPATKANMELAKA

PENEMPATAN KE SEKOLAH AKAN DITENTUKAN OLEH JABATAN PELAJARAN NEGERI DALAM TEMPOH INTERAKSI PERTAMA DI INSTITUT PENDIDIKAN GURU (IPG)
Ucapan tahniah kepada anda yang berjaya menduduki temuduga. Anda merupakan insan yang terpilih melalui anak tangga kejayaan dan hampir memasuki pintu kerjaya sebagai pendidik. Jangan sia-siakan langkah anda kerana anda hanya ada satu langkah sahaja lagi. Jangan sampai tersungkur di depan pintu ya. Kejayaan anda boleh dikongsi di sini pada 10 Disember  nanti. Sama-sama kita doakan dan menunggu khabar gembira itu.

Untuk semakan [KLIK Di Sini]






Muat Turun Soalan PKSR 2 Bahasa Arab 2014 

No comments:

Post a Comment