Pages

Friday 29 April 2022

Semakan keputusan Biasiswa Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) 2022

 Masa yang ditunggu akan tiba, semoga mendapat perkhabaran yang menggembirakan, selamat kembali ke bidang pengajian, semoga berjaya saya ucapkan. Link untuk semakan KLIK di sini

Thursday 16 July 2020

(TERKINI) HEBAHAN PENGAMBILAN CALON GURU SABK DAN TAHFIZ SPP 2020

SEMOGA BERJAYA MENJADI FRONTLINER SEBAGAI PENDIDIK.. AAMIIN


KLIK DI SINI

Sunday 1 April 2018

PENGESAHAN MAKLUMAT PEGAWAI PERKHIDMATAN DALAM SISTEM GURU MALAYSIA (SGMy)

PENGESAHAN MAKLUMAT PEGAWAI PERKHIDMATAN DALAM SISTEM GURU MALAYSIA (SGMy)

Tatacara Pengesahan di mana semua guru perlu buat::sunflower:

1. Guna address :point_down:di url
      https://sgmy.moe.gov.my

2. Paparan SGMy 
    ~pergi/klik Modul Individu   SGMy

3. Paparan GURU KPM dan GURU SWASTA
     ~log in pada ruang GURU KPM

4. Paparan Log Masuk Modul Individu SGMy
      

5. Paparan PENGESAHAN dan PENERIMAAN(sebelah kiri)
     ~klik butang PENGESAHAN
      ~ scroll down dan:white_check_mark: bhgn
PENGAKUAN PERMOHONAN

6. Klik butang
‘YA, SAHKAN MAKLUMAT INI’


Urusan Selesai:+1:🏻

:sunflower:selamat membuat pengesahan:sunflower:

Monday 12 March 2018

Nak Jadi Cikgu??? PERMOHONAN PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP) AMBILAN 2018 (13 MAC 2018 sehingga 28 MAC 2018)  (Terkini)..KLIK DI SINI

Sebagai warga pendidik, kita amat berharap supaya ruang untuk pertambahan warga pendidik di seluruh Malaysia sentiasa terbuka luas,sebagaimana suasana sebelum ini. Kemeriahan dapat dirasai apabila ruang permohonan dibuka berdasarkan keperluan,pertambahan penduduk dan seumpamanya.Saya yakin ramai juga menanti dan menaruh harapan untuk berkecimpung dalam arena pendidikan yang mulia ini. Saya yakin ramai yang menunggu ruangan PERMOHONAN  dibuka.InsyaAllah perkhabaran yang menggembirakan akan menyusul,sama-sama kita doakan.
Semoga tercapai cita-cita yang diidamkan..aamiin

TIP-TIP TEMUDUGA  - Semoga Bermanfaat

Tuesday 6 March 2018

EG TUKAR 2018


Saya mengandaikan memang ramai yang menunggu khabar gembira permohonan pertukaran diluluskan. Semoga rezeki kalian semua kali ini berjaya.

Permohonan EG TUKAR 2018
KEPUTUSAN Permohonan EG TUKAR 2018

Monday 10 October 2016

Ustaz Hj. Zulkifli bin Hamat, Ketua Unit Dakwah & Kepimpinan,BPI KPM

Bersama Ust Hj Zulkifli Hamat,semasa menjadi Kem Komandan NKI peringkat Kebangsaan yang lepas.


KUNJUNGAN S.S Datuk Dr. Hj. Mohd Mohadis bin Hj. Yasin ,Mufti Negeri Melaka

Dipertanggungjawab mempengerusikan majlis ilmu Sohibussamaahah Datuk Mufti Melaka

Sunday 22 May 2016

Keputusan EG TUKAR


  1. Assalamualaikum dan salam sejahtera,..kepada warga pendidik yang memohon eg tukar Jun 2017,saya mendoakan kalian berjaya dalan permohonan kali ini,pasti ramai yang menunggu khabar paling menggembirakan ini..saya sediakan pautan ke eg tukar..sila KLIK di sini https://epgo.moe.gov.my/..selamat berjaya..

Wednesday 21 October 2015

Pautan PAJSK Pentaksiran Aktiviti Jasmani Sukan dan Kokurikulum Sekolah Rendah dan Menengah

Asslamualaikum dan salam sejahtera, bagi memudahkan carian para guru untuk mengisi PAJSK Menengah dan PAJSK Rendah saya sediakan pautan di sini PAJSK KLIK DI SINI. Semoga dapat membantu.Selamat menjalankan tugas.Semoga siap dengan sempurna.

Monday 19 October 2015

Pautan HRMIS Untuk Kakitangan Awam

Assalamualaikum dan salam sejahtera,kepada sahabat seperjuangan sekalian, bagi memudahkan pencarian tuan puan dalam mengisi SKT dan perkara berkaitan, di sini saya sediakan pautan ke sistem HRMIS, sila KLIK DI SINI. Semoga dapat membantu dan memudahkan carian kalian.

HRMIS (SISTEM PENGURUSAN MAKLUMAT SUMBER MANUSIA)

Sumber : Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia 

Thursday 15 October 2015

KEPUTUSAN PERTUKARAN GURU SESI JUN 2017

Assalamualaikum dan salam sejahtera,dalam tulisan kali ini,sama-sama kita menunggu saat yang menggembirakan iaitu permohonan pertukaran yang telah dibuat oleh para guru baru-baru ini diluluskan demi kelangsungan kecemerlangan tuan puan dalam bidang pendidikan.Saya yakin pihak yang berkenaan akan membuat pertimbangan yang sewajarnya.Saya mendoakan permohonan kalian diluluskan.

KLIK PAUTAN DI SINI untuk mengetahui KEPUTUSAN PERTUKARAN GURU SESI JAN 2016

Sumber : KPM

Wednesday 14 October 2015

Program Sukarelawan Antarabangsa UNESCO Mesir-Jepun-Malaysia

Program sukarelawan UNESCO telah berlangsung selama 12 hari bertempat di Melaka dan SBP Integrasi Selandar telah diberi penghargaan untuk menjadi tuan rumah.Pelbagai aktiviti pertukaran budaya yang berbeza telah berlangsung dengan jayanya. Ia bermula dari 29 Ogos 2015 dan berakhir pada 29 Sept 2015.
Mesyuarat bersama wakil UNESCO, SBP Integrasi Selandar serta pemimpin setempat.
Jamuan selamat datang dan ucapan aluan malam ketibaan


Persiapan aktiviti

Praktikal menoreh getah

Lakonan Perkahwinan adat Melayu (Pengantin Lelaki -Mesir-Perempuan-Jepun) 

Program berlangsung dengan jayanya dan diakhiri dengan perpisahan untuk meneruskan perjuangan kehidupan di negara masing-masing.

J-QAF , DPLI dan KPLI 2016

Sebagai warga pendidik, kita amat berharap supaya ruang untuk pertambahan warga pendidik di seluruh Malaysia sentiasa terbuka luas,sebagaimana suasana sebelum ini. Kemeriahan dapat dirasai apabila ruang permohonan dibuka berdasarkan keperluan,pertambahan penduduk dan seumpamanya.Saya yakin ramai juga menanti dan menaruh harapan untuk berkecimpung dalam arena pendidikan yang mulia ini. Saya yakin ramai yang menunggu ruangan J-QAF , DPLI dan KPLI 2016 dibuka.InsyaAllah perkhabaran yang menggembirakan akan menyusul,sama-sama kita doakan.

Wednesday 9 September 2015

Lawatan Bench Marking IPG Keningau

     Pada hari ini, bakal guru bahasa dari IPG Keningau telah bertandang ke SBP Integrasi Selandar buat pertama kali bermula jam 8.00 pagi waktu ketibaan dan berakhir kira-kira jam 1.00 petang. Para tetamu telah diberi taklimat terlebih dahulu oleh Pengetua Cemerlang, En Karim Bin Bayok, seterusnya mereka dihidangkan dengan sedikit jamuan keraian dan sejurus selepas itu mereka dibawa melawat sekitar kawasan sekolah.

    Alhamdulillah segala perancangan program telah berjalan lancar berakhir dengan perkongsian sesi PdP bersama guru-guru bahasa. Semoga program ini dapat memberi impak yang besar dalam meningkatkan kualiti PdP  dan profesionalisma perguruan kedua-dua pihak.


Wednesday 8 April 2015

BENGKEL PEMBINAAN MODUL BAHASA ARAB NEGERI MELAKA 2015

Bertempat di SMKA Sharifah Rodziah, pada 7-8 April 2015,telah berlangsung Bengkel Pembinaan Modul Bahasa Arab Menengah Negeri Melaka. Perbincangan dan percambahan ilmu dapat dihasilkan melalui bengkel ini dan akan diteruskan pada masa akan datang.


Tuesday 3 February 2015

Mesyuarat Program Tahbib Lughah Peringkat Negeri Melaka 2015


SBP Integrasi Selandar di bawah seliaan Panitia Bahasa Arab telah menjadi tuan rumah Mesyuarat Program Tahbib Lughah Peringkat Negeri Melaka . Ia telah berlangsung dengan jayanya dan telah dipengerusikan oleh Tn Hj Khairel Bin Mokhtar dan turut dihadiri tetamu kehormat Ust Che Mat Bin Che Leh.
Tarikh : 3 Februari 2015
Tempat : Bilik Mesyuarat SBP Integrasi Selandar, Melaka.

Friday 28 November 2014

Borang Rumusan Aktiviti KoKurikulum

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Selamat bercuti kepada semua warga pendidik dan pelajar. Di sini ada pengumuman penting dan mohon tindakan segera daripada pelajar SBPI Selandar yang belum hantar Borang Rumusan Aktiviti Kokurikulum(LAMPIRAN C) dan Borang Rumusan Aktiviti Extra Kurikulum (LAMPIRAN D) sila ambil tindakan berikut :

1) Download borang dalam word.
  Borang Rumusan Aktiviti Kokurikulum(LAMPIRAN C)  dan
  Borang Rumusan Aktiviti Extra Kurikulum (LAMPIRAN D)

2) Sila isi lampiran C  sebanyak 3 salinan (Kelab dan persatuan, Sukan dan permainan, dan Unit beruniform)
Sila nyatakan nama bagi setiap kategori.

3) Hitamkan kotak pilihan anda sebagaimana berikut :

KLIK kotak pilihan,klik format kemudian pilih shape fill dan klik warna hitam (microsoft word)



Sekian terima kasih.

Friday 4 July 2014

Pautan PBS OFFLINE untuk guru sekolah menengah.

Assalamualaikum dan salam sejahtera,kepada sahabat pendidik sekalian, untuk memuat turun bahan PBS offline yang perlu ada bagi setiap subjek boleh KLIK DI SINI . Semoga dapat membantu pencarian kalian.Terima Kasih.

PANDUAN PENGGUNAAN 
MODUL PEREKODAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID

Sumber : Lembaga Peperiksaan 

Thursday 15 November 2012

Tip-Tip Temuduga , Semoga Berjaya.

Tip  1
Soalan Trik : Ceritakan Kelemahan Diri Anda

Sudah menjadi lumrah dalam temuduga sekiranya anda ditanya soalan trik yang 'rumit' untuk dijawab. Post kali ini memfokuskan berkenaan cara menjawab soalan"Ceritakan Kelemahan Diri Anda".

Soalan ini biasanya ditanya ketika hampir di penghujung sesi temuduga, dimana penemuduga menggunakan soalan ini untuk mengetahui dan menguji daya pemikiran kreatif calon temuduga.

Calon yang tidak berpengalaman kebiasanyaannya akan:
  1. Menjadi gugup,gementar dan mengambil masa yang panjang ataupun tidak berupaya untuk menjawab soalan ini dalam masa yang singkat.
  2. Menceritakan perihal keburukan diri yang boleh mengakibatkan panel penemuduga mengambil jalan singkat untuk mengenepikan permohonan calon tersebut.
  3. Cuba untuk mengelak dari menjawab soalan berikut dengan menanyakan soalan balas kepada penemuduga untuk melengahkan jawapan.
                                                                                                           [baca seterusnya]  

Tip 2
ASPEK TEMUDUGA
Terdapat dua aspek mustahak mengenai temuduga. Aspek-aspek itu ialah:
a. Persediaan 
b. Tingkah laku semasa temuduga

PERSEDIAAN
1. Selidik seberapa banyak maklumat  tentang pekerjaan yang anda pohon itu.
2.Anda hendaklah mengambil tahu tempat, tarikh dan masa temuduga akan diadakan dan hendaklah berada di tempat  temuduga itu
10 minit sebelum temuduga itu dimulakan. JANGAN SEKALI-KALI DATANG LAMBAT.
3. Pakailah pakaian yang bersesuaian, kemas dan bersih.
4. Anda perlu bersedia menjawab semua soalan-soalan yang dikemukakan oleh penemuduga.
5. Pastikan semua sijil-sijil, dokumen-dokumen dan surat-surat asal di bawa bersama dan salinan disahkan sebelum ditemuduga.
                                                                               [baca  seterusnya]            

Tip 3

TIP TEMUDUGA


Melalui tulisan ringkas ini, beberapa perkara penting yang perlu diambil perhatian oleh seseorang calon temuduga. Sudah pasti bukan semua aspek sempat untuk saya coretkan, terutamanya saya bukanlah seorang pakar bab pengurusan dan temuduga. Namun masih boleh berkongsi pengalaman.
Secara ikhlas, terdapat beberapa kelemahan nyata bagi kebanyakan calon-calon, kelemahan tersebut juga berulang-berulang.

SOALAN BIASA

Tidak kiralah samada interview di dalam Bahasa Inggeris, Melayu atau Arab, soalan awal adalah :-

“PLEASE INTRODUCE YOURSELF” ATAU “SILA PERKENALKAN DIRI ANDA”

Ini adalah ayat biasa yang digunakan oleh panel untuk memulakan sesi temuduga.
Jawapan calon bagaimana?




Monday 12 November 2012

Tahniah Kepada Yang Berjaya Mendapat Tempat Temuduga DPLI j-QAF 2013

Sekalung tahniah diucapkan..calon yang masih belum berjaya,ustaz  harap  jangan putus asa..cuba lagi lain kali.

[SEMAKAN PANGGILAN TEMUDUGA]


Anda layak untuk menghadiri Temuduga Program Diploma Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah
(DPLI-SR) j-QAF Mod LPBS Ambilan Tahun 2013.
Berikut adalah maklumat temuduga tersebut.
| Maklumat Calon |
No. Kad Pengenalan:************
Nama:*** *******  ** ** ********
Program:A210A0000L - BAHASA ARAB
Pusat Temu Duga:DMA1001 - DMA1001E
Alamat:INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KOTA BHARU
:PENGKALAN CHEPA
16109
KOTA BHARU KELANTAN
Tarikh:21-Nov-2012
Masa:08:00 AM
   Arahan :
  Sila ambil perhatian kepada perkara berikut. Anda dikehendaki mencetak :
   i) Surat Panggilan Temuduga
   ii) Borang Maklumat Diri
   iii) Kertas Penulisan Pengalaman dan Penyataan Hasrat
   iv) Surat Perakuan Diri (Penempatan IPG & Sekolah)

Monday 22 October 2012

Wednesday 26 September 2012

KERTAS SOALAN PERCUBAAN PMR DAN SPM SEKOLAH BERASRAMA PENUH (SBP) 2012

Assalamualaikum dan salam sejahtera, kepada semua guru yang inginkan soalan-soalan SBP, sila klik di Soalan Percubaan PMR dan SPM Sekolah Berasrama Penuh dalam Ruangan Guru di sebelah kanan.

Terima Kasih.

Tuesday 25 September 2012

SISTEM PENGURUSAN FAIL PBS

Di sini saya sediakan beberapa maklumat yang berguna mengenai pengurusan PBS untuk para guru .
Bagi kami di SBP Integrasi Selandar ialah :
1) Fail Pengurusan Pentaksiran Panitia ( 3 Fail) [Download]
- Fail Induk (putih/rasmi pejabat)  [Download]
- Fail Pendua (fail kulit keras/ ring file) [Download]
- Fail Bahan Rujukan [Download]

2) Fail Portfolio Guru [Download]

3) Fail Showcase (Dimasukkan 6 eviden terbaik yang terkini)

4) Fail setiap pelajar (terpulang kepada arahan sekolah masing-masing). Namun begitu, berdasarkan taklimat  daripada JUK, bagi setiap pelajar ialah satu fail untuk semua subjek.

Bagi mendapatkan senarai kandungan ataupun senarai semak setiap fail sila download setiap item  yang disediakan .Terima kasih.

Dokumen-dokumen lain yang berkaitan :
Surat Pekeliling PBS
Surat Pekeliling Pemakluman PBS

Untuk ke laman PBS [KLIK DI SINI]


Saturday 22 September 2012

Karnival Bahasa Arab Jemputan Antarabangsa Anjuran SBP Integrasi Kubang Pasu

Sekalung tahniah kepada SBP Integrasi Kubang Pasu di atas kejayaan menganjurkan Karnival Bahasa Arab Jemputan Antarabangsa Anjuran yang berlangsung pada 21 hingga 22 September 2012 bertempat di SBP Integrasi Kubang Pasu, Bukit Kayu Hitam, Kedah Darul Aman . Delegasi dari SBP Integrasi Selandar Melaka turut diundang yang terdiri daripada 9 orang pelajar dan ustaz sebagai guru pengiring. Karnival Bahasa Arab ini juga turut diserikan lagi dengan kehadiran delegasi dari Hatyaiwittayakarn Islamic Integrated Science School dan Addirasat Islamiyyah School Pattani dari Negara Thailand. Sepanjang bersama dalam karnival yang julung-julung kali diadakan ini, ustaz sempat berkenalan dengan guru-guru dari Negara Gajah Putih ini di antaranya Mr Abdul Aziz, Mr Maropi, Mr Adil, Mr Sufian B Abdullah, Mr Syukri dan lain-lain. Walaupun berada di dua garisan negara yang berbeza dan menghadapi kesukaran berkomunikasi, nampaknya mereka bersungguh-sungguh datang untuk melihat sistem pendidikan Bahasa Arab yang ada di Malaysia di samping menyertai aktiviti yang telah dirancang sepanjang kami berada di sini. Paling menggembirakan mereka ialah dua orang pelajar lelaki dari Addirasat Islamiah telah berjaya melanjutkan pelajaran ke Negara Turki dalam bidang politik dan dijangka memulakan pengajian hujung tahun ini di samping telah ramai graduan dari sekolah mereka melanjutkan pelajaran ke luar negara .Tahniah diucapkan dan semoga Islam berjaya didaulatkan di Selatan Thai nanti.Semoga program ini dapat diteruskan pada masa akan datang.

Delegasi dari SBP Integrasi Selandar ;

1) Ustaz Mohd Sufian Bin Che Mat
2) Sheikh Fakhrul Islam Bin Faisol
3) Muhammad Firas Izzat B Seman
4) Muhd Harith Syafiq B Jasmani
5) Abdul Azim Bin Rossalim
6) Siti Nur Aliah Bt Mohd Rubai
7) Nurul Farhanah Bt Mustapa
8) Nurul Asyikin Bt Khairul Anur @ Anuar
9) Nurfaiqah Aqilah Bt Mohd Fauzan
10) Noraini Bt Ahmad Latif



 Sebahagian delegasi guru dari Addirasat Islamiyyah, Pattani, Thailand


 Sempat   singgah beli buah tangan di Pekan Rabu, Alor Setar, Kedah


 Pentas utama


Sebahagian peserta karnival


   Aktiviti di dewan


Monday 3 September 2012

Selamat Mengisi Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPSNKRA)

Kepada semua warga pendidik, jangan lupa mengisi SAPS. Sistem telah pun dinaiktaraf setelah teguran dan pelbagai komen diberikan. Untuk pautan sila KLIK di sini.Terima kasih.

Thursday 19 April 2012

Kursus Penataran PBS Mata Pelajaran Bahasa Arab Tingkatan 1, 2012 Peringkat Negeri Melaka



Tarikh   : 18 hingga 20 April 2012 (Rabu - Jumaat)
Tempat : Bilik Mesyuarat, Bahagian Teknologi Pendidikan  
               (BTP),Negeri Melaka..
Masa   : 8.00 pagi hingga 5.00 petang.

Wednesday 4 April 2012

TAKLIMAT PENGENALAN BULAN SABIT MERAH MALAYSIA

5 April 2012 - Bertempat di bilik kuliah, SBP Integrasi Selandar telah diadakan sesi taklimat pengenalan BSMM dan juga tatacara berpakaian bagi BSMM. Bermula jam 3.40 petang, sesi taklimat berjalan lancar dan mendapat perhatian penuh daripada anggota BSMM SBP Integrasi Selandar dan berakhir sekitar 4.30 petang. Terima kasih kepada semua yang terlibat terutama Sarjan Major Firdaus B. Hayali di atas usaha beliau mengatur pertemuan ini.[Koleksi Gambar]

Wednesday 15 February 2012

Ceramah MaulidurRasul di SMK Tebong, Melaka





Ceramah MaulidurRasul

Tempat : SMK Tebong, Melaka

Tarikh :

Pada petang ini, ustaz telah dijemput menyampaikan ceramah maulidurRasul di Sekolah Menengah Kebangsaan Tebong, Melaka. Majlis bermula pada jam 2.30 petang dan syukur pada Allah S.W.T kerana dengan keizinanNya jua, majlis berjalan dengan lancar. Sekalung penghargaan kepada Tuan Hj Nordin B Adam (Pengetua) dan ajk pelaksana yang diketuai Ustaz Abdul Kadir B Maslan. Juga terima kasih dan tahniah kepada para pelajar serta guru yang memberi perhatian sepenuhnya sepanjang ceramah disampaikan. [KOLEKSI GAMBAR]

Monday 13 February 2012

Kursus Pentadbiran & Kepimpinan BSMM Untuk Guru-Guru Pemimpin.



Majlis penyerahan sijil kepada guru pemimpin oleh Tn Hj Nawawi
 Pada 11 Februari 2012, bertempat di Sekolah Kebangsaan Jalan Datuk Palembang (belakang Unit Pendidikan Islam, JPN Bukit Baru), telah berlangsung Kursus Pentadbiran & Kepimpinan BSMM Sekolah Kebangsaan & Sekolah Menengah Peringkat Negeri Melaka selama 1 hari. Majlis bermula pada jam 8.30 pagi dan berakhir jam 2.30 petang. Banyak input baru yang masih belum diketahui mengenai BSMM telah didedahkan oleh jurulatih-jurulatih.Ia bermula dengan penerangan mengenai Pengurusan Unit Link & Belia seterusnya Pentadbiran & Mengenali BSMM & Uniform, Sukatan Pelajaran Unit Pengajaran Unit Link & Belia. Di antara jurulatih yang terlibat di dalam mengulas mengenai topik perbincangan ialah En Md Nawawi B Hj Yasin (Naib Pengerusi 1, BSMM Cawangan Melaka), En R. Ganesh (Pengarah), dan En Saiful Rahimi Chua Abdullah (Ajk) . Majlis berakhir sekitar jam 2.30 petang dengan penyampaian sijil kepada para guru.