Pages

Saturday 22 September 2012

Karnival Bahasa Arab Jemputan Antarabangsa Anjuran SBP Integrasi Kubang Pasu

Sekalung tahniah kepada SBP Integrasi Kubang Pasu di atas kejayaan menganjurkan Karnival Bahasa Arab Jemputan Antarabangsa Anjuran yang berlangsung pada 21 hingga 22 September 2012 bertempat di SBP Integrasi Kubang Pasu, Bukit Kayu Hitam, Kedah Darul Aman . Delegasi dari SBP Integrasi Selandar Melaka turut diundang yang terdiri daripada 9 orang pelajar dan ustaz sebagai guru pengiring. Karnival Bahasa Arab ini juga turut diserikan lagi dengan kehadiran delegasi dari Hatyaiwittayakarn Islamic Integrated Science School dan Addirasat Islamiyyah School Pattani dari Negara Thailand. Sepanjang bersama dalam karnival yang julung-julung kali diadakan ini, ustaz sempat berkenalan dengan guru-guru dari Negara Gajah Putih ini di antaranya Mr Abdul Aziz, Mr Maropi, Mr Adil, Mr Sufian B Abdullah, Mr Syukri dan lain-lain. Walaupun berada di dua garisan negara yang berbeza dan menghadapi kesukaran berkomunikasi, nampaknya mereka bersungguh-sungguh datang untuk melihat sistem pendidikan Bahasa Arab yang ada di Malaysia di samping menyertai aktiviti yang telah dirancang sepanjang kami berada di sini. Paling menggembirakan mereka ialah dua orang pelajar lelaki dari Addirasat Islamiah telah berjaya melanjutkan pelajaran ke Negara Turki dalam bidang politik dan dijangka memulakan pengajian hujung tahun ini di samping telah ramai graduan dari sekolah mereka melanjutkan pelajaran ke luar negara .Tahniah diucapkan dan semoga Islam berjaya didaulatkan di Selatan Thai nanti.Semoga program ini dapat diteruskan pada masa akan datang.

Delegasi dari SBP Integrasi Selandar ;

1) Ustaz Mohd Sufian Bin Che Mat
2) Sheikh Fakhrul Islam Bin Faisol
3) Muhammad Firas Izzat B Seman
4) Muhd Harith Syafiq B Jasmani
5) Abdul Azim Bin Rossalim
6) Siti Nur Aliah Bt Mohd Rubai
7) Nurul Farhanah Bt Mustapa
8) Nurul Asyikin Bt Khairul Anur @ Anuar
9) Nurfaiqah Aqilah Bt Mohd Fauzan
10) Noraini Bt Ahmad Latif



 Sebahagian delegasi guru dari Addirasat Islamiyyah, Pattani, Thailand


 Sempat   singgah beli buah tangan di Pekan Rabu, Alor Setar, Kedah


 Pentas utama


Sebahagian peserta karnival


   Aktiviti di dewan


No comments:

Post a Comment