TAHNIAH KEPADA YANG BERJAYA, BAGI YANG BELUM, USAHA LAGI..
Semakan keputusan: https://epenawaran.moe.gov.my/
USTAZ MOHD SUFIAN SBPI SELANDAR, MELAKA SBPI BATU RAKIT 2022-Kini )
TAHNIAH KEPADA YANG BERJAYA, BAGI YANG BELUM, USAHA LAGI..
Semakan keputusan: https://epenawaran.moe.gov.my/
Tinjauan literatur membantu penyelidik memahami konteks dan latar belakang isu yang diteliti. Berikut adalah beberapa kepentingan tinjauan literatur dalam pembinaan kerangka konsep dan teori kajian:
Mengenal Pasti Jurang Pengetahuan: Tinjauan literatur membantu penyelidik mengenal pasti apa yang telah dikaji dan apa yang masih belum diterokai. Ini membolehkan penyelidik membina soalan kajian yang lebih fokus dan relevan.
Pembinaan Kerangka Konsep: Melalui tinjauan literatur, penyelidik dapat mengumpulkan pelbagai konsep dan teori yang telah dibangunkan sebelum ini, yang boleh digunakan untuk membentuk kerangka konsep yang jelas dan terarah.
Menguatkan Teori Kajian: Dengan meneliti pelbagai kajian terdahulu, penyelidik dapat mengenal pasti teori yang relevan dan menggunakannya sebagai asas untuk analisis dalam kajian mereka sendiri.
Metodologi yang Berkesan: Tinjauan literatur membolehkan penyelidik memahami kaedah yang telah digunakan oleh penyelidik lain, yang boleh dijadikan panduan dalam merancang metodologi penyelidikan mereka.
Mendapatkan Justifikasi: Tinjauan ini juga memberikan justifikasi bagi kajian yang dilakukan, kerana penyelidik dapat menunjukkan bagaimana kajian mereka berbeza atau melengkapi kajian terdahulu.
Kriteria Pemilihan: Tetapkan kriteria pemilihan yang jelas, seperti tahun penerbitan, metodologi, dan konteks kajian, untuk memastikan hanya literatur yang paling relevan dimasukkan.
Penggunaan Pangkalan Data yang Tepat: Gunakan pangkalan data akademik yang dipercayai, seperti Google Scholar, JSTOR, atau Scopus, untuk mencari sumber yang berkualiti tinggi.
Analisis Kualiti Sumber: Tapis sumber berdasarkan kualiti penerbitan, seperti jurnal yang diiktiraf dan artikel yang telah melalui proses semakan rakan sebaya.
Fokus kepada Penulisan Terkini: Utamakan literatur terbaru untuk memastikan kajian mencerminkan perkembangan semasa dalam bidang tersebut.
Berinteraksi dengan Pakar: Dapatkan pandangan dari penyelidik atau pakar dalam bidang yang sama untuk mendapatkan cadangan literatur yang mungkin tidak dikenali.
Menggunakan Teknik Pengimbasan: Lakukan pengimbasan untuk mencari tema-tema utama dalam literatur yang berkaitan, yang dapat memberi panduan untuk fokus kajian.
Rujukan Silang: Periksa rujukan dalam artikel yang relevan untuk menemui kajian lain yang mungkin berguna.
Dengan menggunakan strategi-strategi ini, penyelidik dapat memastikan tinjauan literatur yang dilakukan adalah relevan dan memberikan sumbangan yang signifikan kepada pembinaan kerangka konsep dan teori kajian mereka.
Nyatakan lima elemen penting yang perlu dikuasai oleh semua pendidik di Malaysia bagi meningkatkan penghasilan inovasi yang berkesan.
Dalam usaha untuk meningkatkan penghasilan inovasi yang berkesan dalam pendidikan di Malaysia, terdapat beberapa elemen penting yang perlu dikuasai oleh pendidik. Elemen-elemen ini adalah penting bagi memastikan sistem pendidikan dapat memenuhi keperluan ekonomi berasaskan pengetahuan dan menyokong transformasi digital dalam pendidikan.
Penggunaan ICT dan Teknologi dalam Pendidikan:
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi dan Penyelesaian Masalah:
Autonomi dan Fleksibiliti dalam Pengajaran:
Pembangunan Modal Insan dan Sosial:
Peningkatan Infrastruktur Digital:
Untuk meningkatkan penghasilan inovasi yang berkesan dalam pendidikan di Malaysia, pendidik perlu menguasai penggunaan ICT dan teknologi, kemahiran berfikir aras tinggi dan penyelesaian masalah, autonomi dan fleksibiliti dalam pengajaran, pembangunan modal insan dan sosial, serta peningkatan infrastruktur digital. Elemen-elemen ini adalah asas untuk memastikan sistem pendidikan dapat memenuhi keperluan ekonomi berasaskan pengetahuan dan menyokong transformasi digital dalam pendidikan
Sumber Rujukan :
2. Technology Leadership in Malaysian Schools: The Way Forward to Education 4.0 - ICT Utilization and Digital Transformation
Simin Ghavifekr, W. S. Yue · 2022
*Reka Bentuk Pengajaran Berasaskan Digital Dalam Kajian Kes (Aplikasi Permainan Genetik Atas Talian dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Sains :Satu Kajian Kes*
*Disediakan oleh*
1) Mohd Sufian Bin Che Mat
2) Amyrudin Bin AB Karim
3) Siti Norfadhilatul Maryam
4) Ida Ayuni Binti Md Zani
*PROGRAM IJAZAH SARJANA PEDAGOGI (PISP) BATCH PERTAMA 2024*
*TER4013 TEORI REKABENTUK PENGAJARAN DIGITAL*
*DR. HAZLINA BINTI AWANG LAH*
Sebagaimana diketahui,reka bentuk pengajaran meliputi beberapa proses yang lengkap bermula daripada proses merancang pembelajaran.Oleh itu reka bentuk pengajaran digital bolehlah dirujuk sebagai penggunaan teknologi digital dalam menyampaikan kandungan pembelajaran bagi mencapai objektif yang telah ditetapkan oleh guru. Berikut adalah dapatan dalam reka bentuk pengajaran digital daripada kajian kes yang kami kaji.
*Analisa umum*
1)Objektif utama pengkaji ialah mengenal pasti kesan aplikasi permainan genetik atas talian bagi mata pelajaran Sains.
2)Sasaran responden ialah guru pelatih di Salah sebuah Institut Perguruan Guru (IPG) di Malaysia.
*Matlamat yang ingin dicapai*
1) Bakal guru sekolah rendah Program Ijazah Sarjana MUDA (PISMP) keluaran IPG terutama subjek Sains berkeyakinan untuk melaksanakan pembelajaran Berasaskan digital.
*Rancang struktur*
Dalam pernyataan masalah kajian kes ini ada dinyatakan tinjauan kajian lalu,masih kurang kajian ilmiah mengenai silap guru pelatih terhadap aplikasi permainan digital dan atas talian.Ia termasuklan penciptaan bahan pengajaran digital ,membuat atau memilih bahan seperti video, artikel, kuiz, dan interaktif,pemilihan teknologi yang sesuai,platform pembelajaran yang efektif,alat multimedia yang pelbagai Dan penciptaan bahan pengajaran yang menarik.
*Pengalaman Guru Pelatih*
1)Dapatan kajian,permainan digital adalah mesra pengguna dan mudah di layari, kandungan boleh diakses oleh semua pelajar, termasuk mereka yang mempunyai keperluan khas sangat menarik,mengubah keadaan daripada kurang minat kepada sangat meminati.
2) Integrasi aktiviti dan penilaian, di mana mereka dapat terus menilai.kefahaman daripada kejayaan menyelesaikan task yang ada dalam game tersebut.
3) Juga terdapat aktiviti Interaktif seperti perbincangan, simulasi, atau aktiviti kumpulan dalam group ahli kumpulan game yang mereka sertai.
3) Penilaian menggunakan kuiz secara automatik untuk mengukur kemajuan pelajar dan memberikan maklum balas.
*Kaedah yang digunakan*
Kuantitatif iaitu edaran soal selidik dan kualitatif di mana temubual bagi mendapatkan maklumbalas mengenai perasaan,keseronokan dan perkara yang tidak dapat diukur dengan angka.
*Pemantauan*
Guru pelatih tersebut boleh terus diberikan saranan sepanjang pengajian untuk mengembangkan penggunaan digital dalam pengajaran Dan pembelajaran.
*Penambahbaikan*
Ada dinyatakan dalam kajian kes ini bahawa bakal pendidik seharusnya diberikan latihan untuk membangunkan bahan-bahan atas talian mengikut perkembangan teknologi semasa terutama,tahun-tahun yang akan datang.
INFO GRAFIK :
Bengkel inisiatif #104 telah berlangsung selama 2 hari bertempat di SMK TENGKU MIZAN ZAINAL ABIDIN. Perkongsian amalan terbaik sekolah sekitar telah memberikan idea-idea baharu serta memberikan manfaat kepada peserta yang hadir.
Aktiviti Tutorial :
Bincangkan bagaimana objektif penyelidikan dapat mempengaruhi kaedah/metodologi yang digunakan dalam sesuatu penyelidikan dengan memberikan contoh-contoh yang relevan.
Objektif penyelidikan adalah satu perkara yang dijadikan halatuju yang jelas dan spesifik bagi seseorqng pengkaji. Ia akan menntukan jenis data yang perlu dicari. Penetapan objektif akan mempengaruhi kaedah atau metodologi yang sesuai bagi mengumpul data yang diperlukan. Kaedah kuantitatif ataupun kualitatif adalah mengikut kesesuaian objektif yang digarapkan. Begitu juga sekiranya suatu data yang tidak dapat dijangkaui dengan angka, maka kaedah campuran (mix methode) dipertimbangkan.
Contoh yang sesuai yang boleh dikemukakan ialah, sekiranya objektif kajian untuk mendalami suatu pengalaman, suasana kehidupan seperti kajian kehidupan suku kaum asli di negara kita, maka kaedah kualitatif seperti catatan pengalaman, temubual, analisis kajian sebelumnya dan proses lain yang berkaitan. Begitu juga kajian melibatkan personaliti dan ketokohan,
Sebaliknya pula, sekiranya objektif untuk mengukur, membanding sejauhmana keberkesanan , menguji hipotesis . maka kaedah yang sesuai adalah kaedah kuantitatif menggunakan soal selidik ataupun eksperimen yang berkaitan.
PENGIRAAN MOD DATA TERKUMPUL
Rumus:
Mod = L + ___( k1 )__ x C
( k1 + k2 )
Di mana L = sempadan bawah selang kelas mod
k1= Frequency of modal class – frequency before modal class
k2 = Frequency of modal class – frequency after modal class
C = Class width
Kelas modal adalah kelas mod yang mempunyai kekerapan paling
tinggi.
PENGIRAAN MEDIAN DATA TERKUMPUL
Median, M = L + ( N/2 - s ) x C
L =sempadan bawah kelas median
N = f =bilangan item dalam data
s = kekerapan terkumpul bagi kelas sebelum kelas median
fm =kekerapan kelas median
C =saiz selang bagi kelas median
Berikan satu contoh amalan reka bentuk pengajaran terkini melalui penggunaan Artificial Intelligence (AI).
Jelaskan amalan reka bentuk pengajaran tersebut.
Jawapan :
Reka bentuk pengajaran digital merangkumi beberapa konsep utama yang menjadi asas dalam merancang dan melaksanakan pengajaran berasaskan teknologi. Konsep-konsep ini adalah penting untuk memastikan bahawa pengajaran yang dilaksanakan bukan sahaja efektif tetapi juga relevan dengan keperluan pelajar
Manakala dalam konteks pendidikan semasa. Perkembangan penggunaan Artificial Inteligence(AI) dilihat sangat pesat dan mula berlegar seantaro dunia. Situasi ini juga dilihat memberi peluang yang besar dalam dunia pendidikan di Malaysia.
Salah satu amalan reka bentuk pengajaran adalah bermula dari Perancangan Pengajaran menggunakan platform AI School Magic , seterusnya dimasukkan unsur interaktif ke arah pengajaran berpusatkan murid sebagai contoh, menggunakan Classpoint AI . Penjanaan kuiz segera berdasarka Taksonomi Bloom yang menarikk minat pelajar.Seterusnnya , penilaian (Testing) dihasilkan perisian melalui Quizgecko (https://quizgecko.com/) bagi mata setiap pelajaran yang diajar. Pembentukan soalan yang tuntas mengikut keperluan situasi dan fenomena yang berbeza. Para guru berpeluang meningkatkan jangkauan dan capaian persoalan yang lebih menyeluruh.
Penilaian juga adalah salah satu elemen yang tidak boleh dikesampingkan dalam mengukur keberkesanan Pengajaran dan Pembelajaran Cemerlang (PdPC). Melalui teknologi AI ,sangat membantu dalam menghasilkan tools yang tepat termasuk pembentukan soalan yang tepat,menarik dan terkini berdasarkan perkembangan ilmu semasa.
Bagi subjek Bahasa Arab sebagai contoh, interaksi murid bermain game bersama guru menggunakan Multimedia Virtual Reality Game di mana murid dapat berbicara menggunakan Bahasa Arab bermula dengan ajukan seterusnya bberbicara dan meningkatkan penguasaan kosa kata dengan kawalan dan tunjuk ajar daripada guru.
Soalan Kuiz 👍 :
Definisi Reka Bentuk Pengajaran Digital ialah PROSES SISTEMATIK melibatkan 4P iaitu
( P_ R _ _ _ _ _ _ A _ , P E _ B _ _ _ _ N _ N , P _ L _ K _ _ _ A _ _ dan
P _ _ I _ _ I _ _ ) menggunakan TEKNOLOGI DIGITAL.
Jawapan KLIK di sini.
Masa yang ditunggu akan tiba, semoga mendapat perkhabaran yang menggembirakan, selamat kembali ke bidang pengajian, semoga berjaya saya ucapkan. Link untuk semakan KLIK di sini.

di url
bhgn
🏻
selamat membuat pengesahan
| | Maklumat Calon | | ||||
| No. Kad Pengenalan | : | ************ | ||
| Nama | : | *** ******* ** ** ******** | ||
| Program | : | A210A0000L - BAHASA ARAB | ||
| Pusat Temu Duga | : | DMA1001 - DMA1001E | ||
| Alamat | : | INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KOTA BHARU | ||
| : | PENGKALAN CHEPA | |||
| 16109 | ||||
| KOTA BHARU KELANTAN | ||||
| Tarikh | : | 21-Nov-2012 | ||
| Masa | : | 08:00 AM | ||
| Arahan : | ||||
| Sila ambil perhatian kepada perkara berikut. Anda dikehendaki mencetak : | ||||
| i) Surat Panggilan Temuduga | ||||
| ii) Borang Maklumat Diri | ||||
| iii) Kertas Penulisan Pengalaman dan Penyataan Hasrat | ||||
| iv) Surat Perakuan Diri (Penempatan IPG & Sekolah) | ||||