Pages

Wednesday 9 September 2015

Lawatan Bench Marking IPG Keningau

     Pada hari ini, bakal guru bahasa dari IPG Keningau telah bertandang ke SBP Integrasi Selandar buat pertama kali bermula jam 8.00 pagi waktu ketibaan dan berakhir kira-kira jam 1.00 petang. Para tetamu telah diberi taklimat terlebih dahulu oleh Pengetua Cemerlang, En Karim Bin Bayok, seterusnya mereka dihidangkan dengan sedikit jamuan keraian dan sejurus selepas itu mereka dibawa melawat sekitar kawasan sekolah.

    Alhamdulillah segala perancangan program telah berjalan lancar berakhir dengan perkongsian sesi PdP bersama guru-guru bahasa. Semoga program ini dapat memberi impak yang besar dalam meningkatkan kualiti PdP  dan profesionalisma perguruan kedua-dua pihak.


No comments:

Post a Comment