Berikan satu contoh amalan reka bentuk pengajaran terkini melalui penggunaan Artificial Intelligence (AI).
Jelaskan amalan reka bentuk pengajaran tersebut.
Jawapan :
Reka bentuk pengajaran digital merangkumi beberapa konsep utama yang menjadi asas dalam merancang dan melaksanakan pengajaran berasaskan teknologi. Konsep-konsep ini adalah penting untuk memastikan bahawa pengajaran yang dilaksanakan bukan sahaja efektif tetapi juga relevan dengan keperluan pelajar
Manakala dalam konteks pendidikan semasa. Perkembangan penggunaan Artificial Inteligence(AI) dilihat sangat pesat dan mula berlegar seantaro dunia. Situasi ini juga dilihat memberi peluang yang besar dalam dunia pendidikan di Malaysia.
Salah satu amalan reka bentuk pengajaran adalah bermula dari Perancangan Pengajaran menggunakan platform AI School Magic , seterusnya dimasukkan unsur interaktif ke arah pengajaran berpusatkan murid sebagai contoh, menggunakan Classpoint AI . Penjanaan kuiz segera berdasarka Taksonomi Bloom yang menarikk minat pelajar.Seterusnnya , penilaian (Testing) dihasilkan perisian melalui Quizgecko (https://quizgecko.com/) bagi mata setiap pelajaran yang diajar. Pembentukan soalan yang tuntas mengikut keperluan situasi dan fenomena yang berbeza. Para guru berpeluang meningkatkan jangkauan dan capaian persoalan yang lebih menyeluruh.
Penilaian juga adalah salah satu elemen yang tidak boleh dikesampingkan dalam mengukur keberkesanan Pengajaran dan Pembelajaran Cemerlang (PdPC). Melalui teknologi AI ,sangat membantu dalam menghasilkan tools yang tepat termasuk pembentukan soalan yang tepat,menarik dan terkini berdasarkan perkembangan ilmu semasa.
Bagi subjek Bahasa Arab sebagai contoh, interaksi murid bermain game bersama guru menggunakan Multimedia Virtual Reality Game di mana murid dapat berbicara menggunakan Bahasa Arab bermula dengan ajukan seterusnya bberbicara dan meningkatkan penguasaan kosa kata dengan kawalan dan tunjuk ajar daripada guru.
Soalan Kuiz 👍 :
Definisi Reka Bentuk Pengajaran Digital ialah PROSES SISTEMATIK melibatkan 4P iaitu
( P_ R _ _ _ _ _ _ A _ , P E _ B _ _ _ _ N _ N , P _ L _ K _ _ _ A _ _ dan
P _ _ I _ _ I _ _ ) menggunakan TEKNOLOGI DIGITAL.
Jawapan KLIK di sini.
No comments:
Post a Comment