Aktiviti Tutorial :
Bincangkan bagaimana objektif penyelidikan dapat mempengaruhi kaedah/metodologi yang digunakan dalam sesuatu penyelidikan dengan memberikan contoh-contoh yang relevan.
Objektif penyelidikan adalah satu perkara yang dijadikan halatuju yang jelas dan spesifik bagi seseorqng pengkaji. Ia akan menntukan jenis data yang perlu dicari. Penetapan objektif akan mempengaruhi kaedah atau metodologi yang sesuai bagi mengumpul data yang diperlukan. Kaedah kuantitatif ataupun kualitatif adalah mengikut kesesuaian objektif yang digarapkan. Begitu juga sekiranya suatu data yang tidak dapat dijangkaui dengan angka, maka kaedah campuran (mix methode) dipertimbangkan.
Contoh yang sesuai yang boleh dikemukakan ialah, sekiranya objektif kajian untuk mendalami suatu pengalaman, suasana kehidupan seperti kajian kehidupan suku kaum asli di negara kita, maka kaedah kualitatif seperti catatan pengalaman, temubual, analisis kajian sebelumnya dan proses lain yang berkaitan. Begitu juga kajian melibatkan personaliti dan ketokohan,
Sebaliknya pula, sekiranya objektif untuk mengukur, membanding sejauhmana keberkesanan , menguji hipotesis . maka kaedah yang sesuai adalah kaedah kuantitatif menggunakan soal selidik ataupun eksperimen yang berkaitan.
No comments:
Post a Comment