ISLAM PASTI KAN KEMBALI GEMILANG
USTAZ MOHD SUFIAN SBPI SELANDAR, MELAKA SBPI BATU RAKIT 2022-Kini )
Wednesday, 14 January 2026
Friday, 27 September 2024
TINJAUAN LITERATUR
Tinjauan literatur membantu penyelidik memahami konteks dan latar belakang isu yang diteliti. Berikut adalah beberapa kepentingan tinjauan literatur dalam pembinaan kerangka konsep dan teori kajian:
Mengenal Pasti Jurang Pengetahuan: Tinjauan literatur membantu penyelidik mengenal pasti apa yang telah dikaji dan apa yang masih belum diterokai. Ini membolehkan penyelidik membina soalan kajian yang lebih fokus dan relevan.
Pembinaan Kerangka Konsep: Melalui tinjauan literatur, penyelidik dapat mengumpulkan pelbagai konsep dan teori yang telah dibangunkan sebelum ini, yang boleh digunakan untuk membentuk kerangka konsep yang jelas dan terarah.
Menguatkan Teori Kajian: Dengan meneliti pelbagai kajian terdahulu, penyelidik dapat mengenal pasti teori yang relevan dan menggunakannya sebagai asas untuk analisis dalam kajian mereka sendiri.
Metodologi yang Berkesan: Tinjauan literatur membolehkan penyelidik memahami kaedah yang telah digunakan oleh penyelidik lain, yang boleh dijadikan panduan dalam merancang metodologi penyelidikan mereka.
Mendapatkan Justifikasi: Tinjauan ini juga memberikan justifikasi bagi kajian yang dilakukan, kerana penyelidik dapat menunjukkan bagaimana kajian mereka berbeza atau melengkapi kajian terdahulu.
Kriteria Pemilihan: Tetapkan kriteria pemilihan yang jelas, seperti tahun penerbitan, metodologi, dan konteks kajian, untuk memastikan hanya literatur yang paling relevan dimasukkan.
Penggunaan Pangkalan Data yang Tepat: Gunakan pangkalan data akademik yang dipercayai, seperti Google Scholar, JSTOR, atau Scopus, untuk mencari sumber yang berkualiti tinggi.
Analisis Kualiti Sumber: Tapis sumber berdasarkan kualiti penerbitan, seperti jurnal yang diiktiraf dan artikel yang telah melalui proses semakan rakan sebaya.
Fokus kepada Penulisan Terkini: Utamakan literatur terbaru untuk memastikan kajian mencerminkan perkembangan semasa dalam bidang tersebut.
Berinteraksi dengan Pakar: Dapatkan pandangan dari penyelidik atau pakar dalam bidang yang sama untuk mendapatkan cadangan literatur yang mungkin tidak dikenali.
Menggunakan Teknik Pengimbasan: Lakukan pengimbasan untuk mencari tema-tema utama dalam literatur yang berkaitan, yang dapat memberi panduan untuk fokus kajian.
Rujukan Silang: Periksa rujukan dalam artikel yang relevan untuk menemui kajian lain yang mungkin berguna.
Dengan menggunakan strategi-strategi ini, penyelidik dapat memastikan tinjauan literatur yang dilakukan adalah relevan dan memberikan sumbangan yang signifikan kepada pembinaan kerangka konsep dan teori kajian mereka.
Wednesday, 4 September 2024
LIMA ELEMEN PENTING YANG PERLU DIKUASAI PENDIDIK DI MALAYSIA - ELEP 4053 INOVASI DALAM PEDAGOGI
Nyatakan lima elemen penting yang perlu dikuasai oleh semua pendidik di Malaysia bagi meningkatkan penghasilan inovasi yang berkesan.
Dalam usaha untuk meningkatkan penghasilan inovasi yang berkesan dalam pendidikan di Malaysia, terdapat beberapa elemen penting yang perlu dikuasai oleh pendidik. Elemen-elemen ini adalah penting bagi memastikan sistem pendidikan dapat memenuhi keperluan ekonomi berasaskan pengetahuan dan menyokong transformasi digital dalam pendidikan.
5 Elemen penting tersebut ialah :
Penggunaan ICT dan Teknologi dalam Pendidikan:
- Kepimpinan teknologi oleh pengetua sekolah memainkan peranan penting dalam penggunaan ICT oleh guru dan prestasi akademik pelajar. Integrasi ICT dan alat teknologi dalam sekolah adalah cabaran utama dalam era Pendidikan 4.02.
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi dan Penyelesaian Masalah:
- Terdapat keperluan untuk inovasi dalam pedagogi dan pembangunan kurikulum untuk membantu guru meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi, kemahiran bahasa Inggeris, kemahiran silang disiplin, dan kemahiran penyelesaian masalah di kalangan guru dan pelajar1.
Autonomi dan Fleksibiliti dalam Pengajaran:
- Memberikan fleksibiliti dan autonomi kepada guru adalah penting untuk memupuk budaya inovasi dalam pendidikan. Ini membolehkan guru menyesuaikan pendekatan pengajaran mereka mengikut keperluan pelajar1.
Pembangunan Modal Insan dan Sosial:
- Pelaburan dalam modal insan adalah kritikal untuk memenuhi permintaan ekonomi berasaskan pengetahuan. Ini termasuk peningkatan keseimbangan kerja-hidup, peluang peningkatan kerjaya, mobiliti sosial, dan pembangunan diri1.
Peningkatan Infrastruktur Digital:
- Sekolah dan universiti perlu dilengkapi dengan sambungan internet yang lancar dan berkelajuan tinggi untuk menyokong ekonomi berasaskan pengetahuan. Masalah akses internet di sekolah-sekolah luar bandar perlu diatasi1.
Kesimpulan
Untuk meningkatkan penghasilan inovasi yang berkesan dalam pendidikan di Malaysia, pendidik perlu menguasai penggunaan ICT dan teknologi, kemahiran berfikir aras tinggi dan penyelesaian masalah, autonomi dan fleksibiliti dalam pengajaran, pembangunan modal insan dan sosial, serta peningkatan infrastruktur digital. Elemen-elemen ini adalah asas untuk memastikan sistem pendidikan dapat memenuhi keperluan ekonomi berasaskan pengetahuan dan menyokong transformasi digital dalam pendidikan
Sumber Rujukan :
1. Transforming Education toward K-Economy in Malaysia
R. Mustapha · Mar 9, 2016
2. Technology Leadership in Malaysian Schools: The Way Forward to Education 4.0 - ICT Utilization and Digital Transformation
Simin Ghavifekr, W. S. Yue · 2022
Wednesday, 28 August 2024
Reka Bentuk Pengajaran Berasaskan Digital Dalam Kajian Kes (Aplikasi Permainan Genetik Atas Talian dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Sains :Satu Kajian Kes)
*Reka Bentuk Pengajaran Berasaskan Digital Dalam Kajian Kes (Aplikasi Permainan Genetik Atas Talian dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Sains :Satu Kajian Kes*
*Disediakan oleh*
1) Mohd Sufian Bin Che Mat
2) Amyrudin Bin AB Karim
3) Siti Norfadhilatul Maryam
4) Ida Ayuni Binti Md Zani
*PROGRAM IJAZAH SARJANA PEDAGOGI (PISP) BATCH PERTAMA 2024*
*TER4013 TEORI REKABENTUK PENGAJARAN DIGITAL*
*DR. HAZLINA BINTI AWANG LAH*
Sebagaimana diketahui,reka bentuk pengajaran meliputi beberapa proses yang lengkap bermula daripada proses merancang pembelajaran.Oleh itu reka bentuk pengajaran digital bolehlah dirujuk sebagai penggunaan teknologi digital dalam menyampaikan kandungan pembelajaran bagi mencapai objektif yang telah ditetapkan oleh guru. Berikut adalah dapatan dalam reka bentuk pengajaran digital daripada kajian kes yang kami kaji.
*Analisa umum*
1)Objektif utama pengkaji ialah mengenal pasti kesan aplikasi permainan genetik atas talian bagi mata pelajaran Sains.
2)Sasaran responden ialah guru pelatih di Salah sebuah Institut Perguruan Guru (IPG) di Malaysia.
*Matlamat yang ingin dicapai*
1) Bakal guru sekolah rendah Program Ijazah Sarjana MUDA (PISMP) keluaran IPG terutama subjek Sains berkeyakinan untuk melaksanakan pembelajaran Berasaskan digital.
*Rancang struktur*
Dalam pernyataan masalah kajian kes ini ada dinyatakan tinjauan kajian lalu,masih kurang kajian ilmiah mengenai silap guru pelatih terhadap aplikasi permainan digital dan atas talian.Ia termasuklan penciptaan bahan pengajaran digital ,membuat atau memilih bahan seperti video, artikel, kuiz, dan interaktif,pemilihan teknologi yang sesuai,platform pembelajaran yang efektif,alat multimedia yang pelbagai Dan penciptaan bahan pengajaran yang menarik.
*Pengalaman Guru Pelatih*
1)Dapatan kajian,permainan digital adalah mesra pengguna dan mudah di layari, kandungan boleh diakses oleh semua pelajar, termasuk mereka yang mempunyai keperluan khas sangat menarik,mengubah keadaan daripada kurang minat kepada sangat meminati.
2) Integrasi aktiviti dan penilaian, di mana mereka dapat terus menilai.kefahaman daripada kejayaan menyelesaikan task yang ada dalam game tersebut.
3) Juga terdapat aktiviti Interaktif seperti perbincangan, simulasi, atau aktiviti kumpulan dalam group ahli kumpulan game yang mereka sertai.
3) Penilaian menggunakan kuiz secara automatik untuk mengukur kemajuan pelajar dan memberikan maklum balas.
*Kaedah yang digunakan*
Kuantitatif iaitu edaran soal selidik dan kualitatif di mana temubual bagi mendapatkan maklumbalas mengenai perasaan,keseronokan dan perkara yang tidak dapat diukur dengan angka.
*Pemantauan*
Guru pelatih tersebut boleh terus diberikan saranan sepanjang pengajian untuk mengembangkan penggunaan digital dalam pengajaran Dan pembelajaran.
*Penambahbaikan*
Ada dinyatakan dalam kajian kes ini bahawa bakal pendidik seharusnya diberikan latihan untuk membangunkan bahan-bahan atas talian mengikut perkembangan teknologi semasa terutama,tahun-tahun yang akan datang.
INFO GRAFIK :
Sunday, 25 August 2024
BENGKEL PROGRAM INISIATIF #104 PENINGKATAN AKSES DARIPADA PERINGKAT PRASEKOLAH HINGGA MENENGAH ATAS DAERAH KUALA NERUS 2024
Bengkel inisiatif #104 telah berlangsung selama 2 hari bertempat di SMK TENGKU MIZAN ZAINAL ABIDIN. Perkongsian amalan terbaik sekolah sekitar telah memberikan idea-idea baharu serta memberikan manfaat kepada peserta yang hadir.
WAJP4013 KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN (Pensyarah : Dr. Nurhijrah )
Aktiviti Tutorial :
Bincangkan bagaimana objektif penyelidikan dapat mempengaruhi kaedah/metodologi yang digunakan dalam sesuatu penyelidikan dengan memberikan contoh-contoh yang relevan.
Objektif penyelidikan adalah satu perkara yang dijadikan halatuju yang jelas dan spesifik bagi seseorqng pengkaji. Ia akan menntukan jenis data yang perlu dicari. Penetapan objektif akan mempengaruhi kaedah atau metodologi yang sesuai bagi mengumpul data yang diperlukan. Kaedah kuantitatif ataupun kualitatif adalah mengikut kesesuaian objektif yang digarapkan. Begitu juga sekiranya suatu data yang tidak dapat dijangkaui dengan angka, maka kaedah campuran (mix methode) dipertimbangkan.
Contoh yang sesuai yang boleh dikemukakan ialah, sekiranya objektif kajian untuk mendalami suatu pengalaman, suasana kehidupan seperti kajian kehidupan suku kaum asli di negara kita, maka kaedah kualitatif seperti catatan pengalaman, temubual, analisis kajian sebelumnya dan proses lain yang berkaitan. Begitu juga kajian melibatkan personaliti dan ketokohan,
Sebaliknya pula, sekiranya objektif untuk mengukur, membanding sejauhmana keberkesanan , menguji hipotesis . maka kaedah yang sesuai adalah kaedah kuantitatif menggunakan soal selidik ataupun eksperimen yang berkaitan.
WAJS4013 APLIKASI STATISTIK DALAM PENYELIDIKAN PENDIDIKAN (Pensyarah : Dr Mas Norbany Binti Abu Samah
PENGIRAAN MOD DATA TERKUMPUL
Rumus:
Mod = L + ___( k1 )__ x C
( k1 + k2 )
Di mana L = sempadan bawah selang kelas mod
k1= Frequency of modal class – frequency before modal class
k2 = Frequency of modal class – frequency after modal class
C = Class width
Kelas modal adalah kelas mod yang mempunyai kekerapan paling
tinggi.
PENGIRAAN MEDIAN DATA TERKUMPUL
Median, M = L + ( N/2 - s ) x C
L =sempadan bawah kelas median
N = f =bilangan item dalam data
s = kekerapan terkumpul bagi kelas sebelum kelas median
fm =kekerapan kelas median
C =saiz selang bagi kelas median
Saturday, 24 August 2024
TER4013 TEORI REKA BENTUK PENGAJARAN DIGITAL (TUTORIAL) 24/8/2024 Pensyarah : Dr Hazlina Binti Awang Lah)
Berikan satu contoh amalan reka bentuk pengajaran terkini melalui penggunaan Artificial Intelligence (AI).
Jelaskan amalan reka bentuk pengajaran tersebut.
Jawapan :
Reka bentuk pengajaran digital merangkumi beberapa konsep utama yang menjadi asas dalam merancang dan melaksanakan pengajaran berasaskan teknologi. Konsep-konsep ini adalah penting untuk memastikan bahawa pengajaran yang dilaksanakan bukan sahaja efektif tetapi juga relevan dengan keperluan pelajar
Manakala dalam konteks pendidikan semasa. Perkembangan penggunaan Artificial Inteligence(AI) dilihat sangat pesat dan mula berlegar seantaro dunia. Situasi ini juga dilihat memberi peluang yang besar dalam dunia pendidikan di Malaysia.
Salah satu amalan reka bentuk pengajaran adalah bermula dari Perancangan Pengajaran menggunakan platform AI School Magic , seterusnya dimasukkan unsur interaktif ke arah pengajaran berpusatkan murid sebagai contoh, menggunakan Classpoint AI . Penjanaan kuiz segera berdasarka Taksonomi Bloom yang menarikk minat pelajar.Seterusnnya , penilaian (Testing) dihasilkan perisian melalui Quizgecko (https://quizgecko.com/) bagi mata setiap pelajaran yang diajar. Pembentukan soalan yang tuntas mengikut keperluan situasi dan fenomena yang berbeza. Para guru berpeluang meningkatkan jangkauan dan capaian persoalan yang lebih menyeluruh.
Penilaian juga adalah salah satu elemen yang tidak boleh dikesampingkan dalam mengukur keberkesanan Pengajaran dan Pembelajaran Cemerlang (PdPC). Melalui teknologi AI ,sangat membantu dalam menghasilkan tools yang tepat termasuk pembentukan soalan yang tepat,menarik dan terkini berdasarkan perkembangan ilmu semasa.
Bagi subjek Bahasa Arab sebagai contoh, interaksi murid bermain game bersama guru menggunakan Multimedia Virtual Reality Game di mana murid dapat berbicara menggunakan Bahasa Arab bermula dengan ajukan seterusnya bberbicara dan meningkatkan penguasaan kosa kata dengan kawalan dan tunjuk ajar daripada guru.
Soalan Kuiz 👍 :
Definisi Reka Bentuk Pengajaran Digital ialah PROSES SISTEMATIK melibatkan 4P iaitu
( P_ R _ _ _ _ _ _ A _ , P E _ B _ _ _ _ N _ N , P _ L _ K _ _ _ A _ _ dan
P _ _ I _ _ I _ _ ) menggunakan TEKNOLOGI DIGITAL.
Jawapan KLIK di sini.
Friday, 29 April 2022
Semakan keputusan Biasiswa Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) 2022
Masa yang ditunggu akan tiba, semoga mendapat perkhabaran yang menggembirakan, selamat kembali ke bidang pengajian, semoga berjaya saya ucapkan. Link untuk semakan KLIK di sini.
Thursday, 16 July 2020
SEMOGA BERJAYA MENJADI FRONTLINER SEBAGAI PENDIDIK.. AAMIIN
KLIK DI SINI
Sunday, 1 April 2018
PENGESAHAN MAKLUMAT PEGAWAI PERKHIDMATAN DALAM SISTEM GURU MALAYSIA (SGMy)
Tatacara Pengesahan di mana semua guru perlu buat:

1. Guna address
di urlhttps://sgmy.moe.gov.my
2. Paparan SGMy
~pergi/klik Modul Individu SGMy
3. Paparan GURU KPM dan GURU SWASTA
~log in pada ruang GURU KPM
4. Paparan Log Masuk Modul Individu SGMy
5. Paparan PENGESAHAN dan PENERIMAAN(sebelah kiri)
~klik butang PENGESAHAN
~ scroll down dan
bhgnPENGAKUAN PERMOHONAN
6. Klik butang
‘YA, SAHKAN MAKLUMAT INI’
Urusan Selesai
🏻
selamat membuat pengesahan
Monday, 12 March 2018
Sebagai warga pendidik, kita amat berharap supaya ruang untuk pertambahan warga pendidik di seluruh Malaysia sentiasa terbuka luas,sebagaimana suasana sebelum ini. Kemeriahan dapat dirasai apabila ruang permohonan dibuka berdasarkan keperluan,pertambahan penduduk dan seumpamanya.Saya yakin ramai juga menanti dan menaruh harapan untuk berkecimpung dalam arena pendidikan yang mulia ini. Saya yakin ramai yang menunggu ruangan PERMOHONAN dibuka.InsyaAllah perkhabaran yang menggembirakan akan menyusul,sama-sama kita doakan.
Semoga tercapai cita-cita yang diidamkan..aamiin
TIP-TIP TEMUDUGA - Semoga Bermanfaat
Tuesday, 6 March 2018
EG TUKAR 2018
Saya mengandaikan memang ramai yang menunggu khabar gembira permohonan pertukaran diluluskan. Semoga rezeki kalian semua kali ini berjaya.
Permohonan EG TUKAR 2018
KEPUTUSAN Permohonan EG TUKAR 2018
Monday, 10 October 2016
Ustaz Hj. Zulkifli bin Hamat, Ketua Unit Dakwah & Kepimpinan,BPI KPM
KUNJUNGAN S.S Datuk Dr. Hj. Mohd Mohadis bin Hj. Yasin ,Mufti Negeri Melaka
Sunday, 22 May 2016
Keputusan EG TUKAR
- Assalamualaikum dan salam sejahtera,..kepada warga pendidik yang memohon eg tukar Jun 2017,saya mendoakan kalian berjaya dalan permohonan kali ini,pasti ramai yang menunggu khabar paling menggembirakan ini..saya sediakan pautan ke eg tukar..sila KLIK di sini https://epgo.moe.gov.my/..selamat berjaya..
Wednesday, 21 October 2015
Pautan PAJSK Pentaksiran Aktiviti Jasmani Sukan dan Kokurikulum Sekolah Rendah dan Menengah
Monday, 19 October 2015
Pautan HRMIS Untuk Kakitangan Awam
HRMIS (SISTEM PENGURUSAN MAKLUMAT SUMBER MANUSIA)
Sumber : Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia
Thursday, 15 October 2015
KEPUTUSAN PERTUKARAN GURU SESI JUN 2017
KLIK PAUTAN DI SINI untuk mengetahui KEPUTUSAN PERTUKARAN GURU SESI JAN 2016
Sumber : KPM
Wednesday, 14 October 2015
Program Sukarelawan Antarabangsa UNESCO Mesir-Jepun-Malaysia
J-QAF , DPLI dan KPLI 2016
Wednesday, 9 September 2015
Pada hari ini, bakal guru bahasa dari IPG Keningau telah bertandang ke SBP Integrasi Selandar buat pertama kali bermula jam 8.00 pagi waktu ketibaan dan berakhir kira-kira jam 1.00 petang. Para tetamu telah diberi taklimat terlebih dahulu oleh Pengetua Cemerlang, En Karim Bin Bayok, seterusnya mereka dihidangkan dengan sedikit jamuan keraian dan sejurus selepas itu mereka dibawa melawat sekitar kawasan sekolah.
Alhamdulillah segala perancangan program telah berjalan lancar berakhir dengan perkongsian sesi PdP bersama guru-guru bahasa. Semoga program ini dapat memberi impak yang besar dalam meningkatkan kualiti PdP dan profesionalisma perguruan kedua-dua pihak.
Wednesday, 8 April 2015
Tuesday, 3 February 2015
Mesyuarat Program Tahbib Lughah Peringkat Negeri Melaka 2015
Friday, 28 November 2014
Borang Rumusan Aktiviti KoKurikulum
Selamat bercuti kepada semua warga pendidik dan pelajar. Di sini ada pengumuman penting dan mohon tindakan segera daripada pelajar SBPI Selandar yang belum hantar Borang Rumusan Aktiviti Kokurikulum(LAMPIRAN C) dan Borang Rumusan Aktiviti Extra Kurikulum (LAMPIRAN D) sila ambil tindakan berikut :
1) Download borang dalam word.
Borang Rumusan Aktiviti Kokurikulum(LAMPIRAN C) dan
Borang Rumusan Aktiviti Extra Kurikulum (LAMPIRAN D)
2) Sila isi lampiran C sebanyak 3 salinan (Kelab dan persatuan, Sukan dan permainan, dan Unit beruniform)
Sila nyatakan nama bagi setiap kategori.
3) Hitamkan kotak pilihan anda sebagaimana berikut :
KLIK kotak pilihan,klik format kemudian pilih shape fill dan klik warna hitam (microsoft word)
Friday, 4 July 2014
Pautan PBS OFFLINE untuk guru sekolah menengah.
PANDUAN PENGGUNAAN
MODUL PEREKODAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID
Thursday, 15 November 2012
Tip-Tip Temuduga , Semoga Berjaya.
Soalan Trik : Ceritakan Kelemahan Diri Anda
Sudah menjadi lumrah dalam temuduga sekiranya anda ditanya soalan trik yang 'rumit' untuk dijawab. Post kali ini memfokuskan berkenaan cara menjawab soalan"Ceritakan Kelemahan Diri Anda".
- Menjadi gugup,gementar dan mengambil masa yang panjang ataupun tidak berupaya untuk menjawab soalan ini dalam masa yang singkat.
- Menceritakan perihal keburukan diri yang boleh mengakibatkan panel penemuduga mengambil jalan singkat untuk mengenepikan permohonan calon tersebut.
- Cuba untuk mengelak dari menjawab soalan berikut dengan menanyakan soalan balas kepada penemuduga untuk melengahkan jawapan.
Tip 3
TIP TEMUDUGA
SOALAN BIASA
“PLEASE INTRODUCE YOURSELF” ATAU “SILA PERKENALKAN DIRI ANDA”
Monday, 12 November 2012
Tahniah Kepada Yang Berjaya Mendapat Tempat Temuduga DPLI j-QAF 2013
[SEMAKAN PANGGILAN TEMUDUGA]
(DPLI-SR) j-QAF Mod LPBS Ambilan Tahun 2013.
| | Maklumat Calon | | ||||
| No. Kad Pengenalan | : | ************ | ||
| Nama | : | *** ******* ** ** ******** | ||
| Program | : | A210A0000L - BAHASA ARAB | ||
| Pusat Temu Duga | : | DMA1001 - DMA1001E | ||
| Alamat | : | INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KOTA BHARU | ||
| : | PENGKALAN CHEPA | |||
| 16109 | ||||
| KOTA BHARU KELANTAN | ||||
| Tarikh | : | 21-Nov-2012 | ||
| Masa | : | 08:00 AM | ||
| Arahan : | ||||
| Sila ambil perhatian kepada perkara berikut. Anda dikehendaki mencetak : | ||||
| i) Surat Panggilan Temuduga | ||||
| ii) Borang Maklumat Diri | ||||
| iii) Kertas Penulisan Pengalaman dan Penyataan Hasrat | ||||
| iv) Surat Perakuan Diri (Penempatan IPG & Sekolah) | ||||















