Pages

Friday, 27 September 2024

TINJAUAN LITERATUR

 Tinjauan literatur  membantu penyelidik memahami konteks dan latar belakang isu yang diteliti. Berikut adalah beberapa kepentingan tinjauan literatur dalam pembinaan kerangka konsep dan teori kajian:

  1. Mengenal Pasti Jurang Pengetahuan: Tinjauan literatur membantu penyelidik mengenal pasti apa yang telah dikaji dan apa yang masih belum diterokai. Ini membolehkan penyelidik membina soalan kajian yang lebih fokus dan relevan.

  2. Pembinaan Kerangka Konsep: Melalui tinjauan literatur, penyelidik dapat mengumpulkan pelbagai konsep dan teori yang telah dibangunkan sebelum ini, yang boleh digunakan untuk membentuk kerangka konsep yang jelas dan terarah.

  3. Menguatkan Teori Kajian: Dengan meneliti pelbagai kajian terdahulu, penyelidik dapat mengenal pasti teori yang relevan dan menggunakannya sebagai asas untuk analisis dalam kajian mereka sendiri.

  4. Metodologi yang Berkesan: Tinjauan literatur membolehkan penyelidik memahami kaedah yang telah digunakan oleh penyelidik lain, yang boleh dijadikan panduan dalam merancang metodologi penyelidikan mereka.

  5. Mendapatkan Justifikasi: Tinjauan ini juga memberikan justifikasi bagi kajian yang dilakukan, kerana penyelidik dapat menunjukkan bagaimana kajian mereka berbeza atau melengkapi kajian terdahulu.

Strategi Tinjauan Literatur yang dicadangkan adalah sebagaimana berikut :
  1. Kriteria Pemilihan: Tetapkan kriteria pemilihan yang jelas, seperti tahun penerbitan, metodologi, dan konteks kajian, untuk memastikan hanya literatur yang paling relevan dimasukkan.

  2. Penggunaan Pangkalan Data yang Tepat: Gunakan pangkalan data akademik yang dipercayai, seperti Google Scholar, JSTOR, atau Scopus, untuk mencari sumber yang berkualiti tinggi.

  3. Analisis Kualiti Sumber: Tapis sumber berdasarkan kualiti penerbitan, seperti jurnal yang diiktiraf dan artikel yang telah melalui proses semakan rakan sebaya.

  4. Fokus kepada Penulisan Terkini: Utamakan literatur terbaru untuk memastikan kajian mencerminkan perkembangan semasa dalam bidang tersebut.

  5. Berinteraksi dengan Pakar: Dapatkan pandangan dari penyelidik atau pakar dalam bidang yang sama untuk mendapatkan cadangan literatur yang mungkin tidak dikenali.

  6. Menggunakan Teknik Pengimbasan: Lakukan pengimbasan untuk mencari tema-tema utama dalam literatur yang berkaitan, yang dapat memberi panduan untuk fokus kajian.

  7. Rujukan Silang: Periksa rujukan dalam artikel yang relevan untuk menemui kajian lain yang mungkin berguna.

Dengan menggunakan strategi-strategi ini, penyelidik dapat memastikan tinjauan literatur yang dilakukan adalah relevan dan memberikan sumbangan yang signifikan kepada pembinaan kerangka konsep dan teori kajian mereka.

Wednesday, 4 September 2024

LIMA ELEMEN PENTING YANG PERLU DIKUASAI PENDIDIK DI MALAYSIA - ELEP 4053 INOVASI DALAM PEDAGOGI

Nyatakan lima elemen penting yang perlu dikuasai oleh semua pendidik di Malaysia bagi meningkatkan penghasilan inovasi yang berkesan.


Dalam usaha untuk meningkatkan penghasilan inovasi yang berkesan dalam pendidikan di Malaysia, terdapat beberapa elemen penting yang perlu dikuasai oleh pendidik. Elemen-elemen ini adalah penting  bagi memastikan  sistem pendidikan dapat memenuhi keperluan ekonomi berasaskan pengetahuan dan menyokong transformasi digital dalam pendidikan.

  5 Elemen penting tersebut ialah :

  • Penggunaan ICT dan Teknologi dalam Pendidikan:

    • Kepimpinan teknologi oleh pengetua sekolah memainkan peranan penting dalam penggunaan ICT oleh guru dan prestasi akademik pelajar. Integrasi ICT dan alat teknologi dalam sekolah adalah cabaran utama dalam era Pendidikan 4.0.
  • Kemahiran Berfikir Aras Tinggi dan Penyelesaian Masalah:

    • Terdapat keperluan untuk inovasi dalam pedagogi dan pembangunan kurikulum untuk membantu guru meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi, kemahiran bahasa Inggeris, kemahiran silang disiplin, dan kemahiran penyelesaian masalah di kalangan guru dan pelajar.
  • Autonomi dan Fleksibiliti dalam Pengajaran:

    • Memberikan fleksibiliti dan autonomi kepada guru adalah penting untuk memupuk budaya inovasi dalam pendidikan. Ini membolehkan guru menyesuaikan pendekatan pengajaran mereka mengikut keperluan pelajar.
  • Pembangunan Modal Insan dan Sosial:

    • Pelaburan dalam modal insan adalah kritikal untuk memenuhi permintaan ekonomi berasaskan pengetahuan. Ini termasuk peningkatan keseimbangan kerja-hidup, peluang peningkatan kerjaya, mobiliti sosial, dan pembangunan diri.
  • Peningkatan Infrastruktur Digital:

    • Sekolah dan universiti perlu dilengkapi dengan sambungan internet yang lancar dan berkelajuan tinggi untuk menyokong ekonomi berasaskan pengetahuan. Masalah akses internet di sekolah-sekolah luar bandar perlu diatasi.

Kesimpulan

Untuk meningkatkan penghasilan inovasi yang berkesan dalam pendidikan di Malaysia, pendidik perlu menguasai penggunaan ICT dan teknologi, kemahiran berfikir aras tinggi dan penyelesaian masalah, autonomi dan fleksibiliti dalam pengajaran, pembangunan modal insan dan sosial, serta peningkatan infrastruktur digital. Elemen-elemen ini adalah asas untuk memastikan sistem pendidikan dapat memenuhi keperluan ekonomi berasaskan pengetahuan dan menyokong transformasi digital dalam pendidikan


Sumber Rujukan : 


1. Transforming Education toward K-Economy in Malaysia

R. Mustapha · Mar 9, 2016


2. Technology Leadership in Malaysian Schools: The Way Forward to Education 4.0 - ICT Utilization and Digital Transformation

Simin Ghavifekr, W. S. Yue · 2022

Wednesday, 28 August 2024

Reka Bentuk Pengajaran Berasaskan Digital Dalam Kajian Kes (Aplikasi Permainan Genetik Atas Talian dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Sains :Satu Kajian Kes)

 *Reka Bentuk Pengajaran Berasaskan Digital Dalam Kajian Kes (Aplikasi Permainan Genetik Atas Talian dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Sains :Satu Kajian Kes*


*Disediakan oleh*


1) Mohd Sufian Bin Che Mat

2) Amyrudin Bin AB Karim

3) Siti Norfadhilatul Maryam 

4) Ida Ayuni Binti Md Zani


*PROGRAM IJAZAH SARJANA PEDAGOGI (PISP) BATCH PERTAMA 2024*


*TER4013 TEORI REKABENTUK PENGAJARAN DIGITAL*

*DR. HAZLINA BINTI AWANG LAH*


Sebagaimana diketahui,reka bentuk pengajaran meliputi beberapa proses yang lengkap bermula daripada proses merancang  pembelajaran.Oleh itu reka bentuk pengajaran digital bolehlah dirujuk sebagai  penggunaan teknologi digital dalam menyampaikan kandungan pembelajaran bagi mencapai objektif yang telah ditetapkan oleh guru. Berikut adalah dapatan dalam reka bentuk pengajaran digital daripada kajian kes yang kami kaji.

*Analisa umum*

1)Objektif utama pengkaji ialah mengenal pasti kesan aplikasi permainan genetik atas talian bagi mata pelajaran Sains.

2)Sasaran responden ialah guru pelatih di Salah sebuah Institut Perguruan Guru (IPG) di Malaysia. 


*Matlamat yang ingin dicapai*

1) Bakal guru sekolah rendah Program Ijazah Sarjana MUDA  (PISMP) keluaran IPG terutama subjek Sains berkeyakinan untuk melaksanakan pembelajaran Berasaskan digital.


*Rancang struktur*

Dalam pernyataan masalah kajian kes ini ada dinyatakan tinjauan kajian lalu,masih kurang kajian ilmiah mengenai silap guru pelatih terhadap aplikasi permainan digital dan atas talian.Ia termasuklan penciptaan bahan pengajaran digital ,membuat atau memilih bahan seperti video, artikel, kuiz, dan interaktif,pemilihan teknologi yang sesuai,platform pembelajaran yang efektif,alat multimedia yang pelbagai Dan penciptaan bahan pengajaran yang menarik.


*Pengalaman Guru Pelatih*

1)Dapatan kajian,permainan digital adalah mesra pengguna dan mudah di layari, kandungan boleh diakses oleh semua pelajar, termasuk mereka yang mempunyai keperluan khas sangat menarik,mengubah keadaan daripada kurang minat kepada sangat meminati.


2) Integrasi aktiviti dan penilaian, di mana mereka dapat terus menilai.kefahaman daripada kejayaan menyelesaikan task yang ada dalam game tersebut.


3) Juga terdapat aktiviti Interaktif seperti perbincangan, simulasi, atau aktiviti kumpulan dalam group ahli kumpulan game yang mereka sertai.


3) Penilaian menggunakan kuiz secara automatik untuk mengukur kemajuan pelajar dan memberikan maklum balas.


*Kaedah yang digunakan*

Kuantitatif iaitu edaran soal selidik dan kualitatif di mana temubual bagi mendapatkan maklumbalas mengenai perasaan,keseronokan dan perkara yang tidak dapat diukur dengan angka.


*Pemantauan*

Guru pelatih tersebut boleh terus diberikan saranan sepanjang pengajian untuk mengembangkan penggunaan digital dalam pengajaran Dan pembelajaran.


*Penambahbaikan*

Ada dinyatakan dalam kajian kes ini bahawa bakal pendidik seharusnya diberikan latihan untuk membangunkan bahan-bahan atas talian mengikut perkembangan teknologi semasa terutama,tahun-tahun yang akan datang.

INFO GRAFIK :


Sekian , terima kasih.








Sunday, 25 August 2024

BENGKEL PROGRAM INISIATIF #104 PENINGKATAN AKSES DARIPADA PERINGKAT PRASEKOLAH HINGGA MENENGAH ATAS DAERAH KUALA NERUS 2024


Bengkel inisiatif  #104 telah berlangsung selama 2 hari bertempat di SMK TENGKU MIZAN ZAINAL ABIDIN. Perkongsian amalan terbaik sekolah sekitar telah memberikan idea-idea baharu serta memberikan manfaat kepada peserta yang hadir. 

WAJP4013 KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN (Pensyarah : Dr. Nurhijrah )

Aktiviti Tutorial : 

Bincangkan bagaimana objektif penyelidikan dapat mempengaruhi kaedah/metodologi yang digunakan dalam sesuatu penyelidikan dengan memberikan contoh-contoh yang relevan.

Objektif penyelidikan adalah satu perkara yang dijadikan halatuju yang  jelas dan spesifik bagi seseorqng pengkaji. Ia akan menntukan jenis data yang perlu dicari.  Penetapan objektif akan mempengaruhi kaedah atau metodologi yang sesuai bagi mengumpul data yang diperlukan. Kaedah kuantitatif ataupun kualitatif adalah mengikut kesesuaian objektif yang digarapkan. Begitu juga sekiranya suatu data yang tidak dapat dijangkaui dengan angka, maka kaedah campuran (mix methode) dipertimbangkan. 

Contoh yang sesuai yang boleh dikemukakan ialah, sekiranya objektif kajian untuk  mendalami suatu pengalaman, suasana kehidupan seperti kajian kehidupan suku kaum asli di negara kita, maka kaedah kualitatif seperti catatan pengalaman, temubual, analisis kajian sebelumnya dan proses lain yang berkaitan. Begitu juga kajian melibatkan personaliti dan ketokohan,

Sebaliknya pula, sekiranya objektif untuk mengukur, membanding sejauhmana keberkesanan , menguji hipotesis . maka kaedah yang sesuai adalah kaedah kuantitatif menggunakan soal selidik ataupun eksperimen yang berkaitan.


WAJS4013 APLIKASI STATISTIK DALAM PENYELIDIKAN PENDIDIKAN (Pensyarah : Dr Mas Norbany Binti Abu Samah

PENGIRAAN MOD DATA TERKUMPUL

Rumus: 

Mod = L +  ___( k1 )__ x C

                     ( k1 + k2 )

Di mana L = sempadan bawah selang kelas mod

k1= Frequency of modal class – frequency before modal class

k2 = Frequency of modal class – frequency after modal class

C = Class width

Kelas modal adalah kelas mod yang mempunyai kekerapan paling

tinggi.


PENGIRAAN MEDIAN DATA TERKUMPUL

Median, M = L + ( N/2 - s ) x C

                                    fm 
di mana


L =sempadan bawah kelas median

N = f =bilangan item dalam data

s = kekerapan terkumpul bagi kelas sebelum kelas median

fm =kekerapan kelas median

C =saiz selang bagi kelas median

Saturday, 24 August 2024

TER4013 TEORI REKA BENTUK PENGAJARAN DIGITAL (TUTORIAL) 24/8/2024 Pensyarah : Dr Hazlina Binti Awang Lah)

 Berikan satu contoh amalan reka bentuk pengajaran terkini melalui penggunaan Artificial Intelligence (AI).

Jelaskan amalan reka bentuk pengajaran tersebut.

Jawapan : 

    Reka bentuk pengajaran digital merangkumi beberapa konsep utama yang menjadi asas dalam merancang dan melaksanakan pengajaran berasaskan teknologi. Konsep-konsep ini adalah penting untuk memastikan bahawa pengajaran yang dilaksanakan bukan sahaja efektif tetapi juga relevan dengan keperluan pelajar 

    Manakala dalam konteks pendidikan semasa. Perkembangan penggunaan Artificial Inteligence(AI) dilihat sangat pesat dan mula berlegar seantaro dunia. Situasi ini juga dilihat memberi peluang yang besar dalam dunia pendidikan di Malaysia. 

    Salah satu amalan reka bentuk pengajaran adalah bermula dari Perancangan Pengajaran menggunakan platform AI School Magic , seterusnya dimasukkan unsur interaktif ke arah pengajaran berpusatkan murid sebagai contoh, menggunakan Classpoint AI . Penjanaan kuiz segera berdasarka Taksonomi Bloom yang menarikk minat pelajar.Seterusnnya , penilaian (Testing) dihasilkan  perisian melalui Quizgecko (https://quizgecko.com/)  bagi mata setiap pelajaran yang diajar. Pembentukan soalan yang tuntas mengikut keperluan situasi dan fenomena yang berbeza. Para guru berpeluang meningkatkan jangkauan dan capaian persoalan yang lebih menyeluruh.

    Penilaian juga adalah salah satu  elemen yang tidak boleh dikesampingkan dalam mengukur keberkesanan Pengajaran dan Pembelajaran Cemerlang (PdPC). Melalui teknologi AI ,sangat membantu dalam menghasilkan tools yang tepat termasuk pembentukan soalan yang tepat,menarik dan terkini berdasarkan perkembangan ilmu semasa. 

    Bagi  subjek Bahasa Arab sebagai contoh, interaksi murid bermain game  bersama guru menggunakan Multimedia Virtual Reality Game di mana murid dapat berbicara menggunakan Bahasa Arab bermula dengan ajukan seterusnya bberbicara dan meningkatkan penguasaan kosa kata dengan kawalan dan tunjuk ajar daripada guru. 

Soalan Kuiz 👍 : 

Definisi Reka Bentuk Pengajaran Digital ialah PROSES SISTEMATIK melibatkan 4P iaitu

( P_ R _ _ _ _ _ _ A _ , P E _ B _ _ _ _ N _ N , P _ L _ K _ _ _ A _ _ dan 

P _ _ I _ _ I _ _ ) menggunakan TEKNOLOGI DIGITAL.   

Jawapan KLIK di sini.

Friday, 29 April 2022

Semakan keputusan Biasiswa Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) 2022

 Masa yang ditunggu akan tiba, semoga mendapat perkhabaran yang menggembirakan, selamat kembali ke bidang pengajian, semoga berjaya saya ucapkan. Link untuk semakan KLIK di sini

Thursday, 16 July 2020

(TERKINI) HEBAHAN PENGAMBILAN CALON GURU SABK DAN TAHFIZ SPP 2020

SEMOGA BERJAYA MENJADI FRONTLINER SEBAGAI PENDIDIK.. AAMIIN


KLIK DI SINI

Sunday, 1 April 2018

PENGESAHAN MAKLUMAT PEGAWAI PERKHIDMATAN DALAM SISTEM GURU MALAYSIA (SGMy)

PENGESAHAN MAKLUMAT PEGAWAI PERKHIDMATAN DALAM SISTEM GURU MALAYSIA (SGMy)

Tatacara Pengesahan di mana semua guru perlu buat::sunflower:

1. Guna address :point_down:di url
      https://sgmy.moe.gov.my

2. Paparan SGMy 
    ~pergi/klik Modul Individu   SGMy

3. Paparan GURU KPM dan GURU SWASTA
     ~log in pada ruang GURU KPM

4. Paparan Log Masuk Modul Individu SGMy
      

5. Paparan PENGESAHAN dan PENERIMAAN(sebelah kiri)
     ~klik butang PENGESAHAN
      ~ scroll down dan:white_check_mark: bhgn
PENGAKUAN PERMOHONAN

6. Klik butang
‘YA, SAHKAN MAKLUMAT INI’


Urusan Selesai:+1:🏻

:sunflower:selamat membuat pengesahan:sunflower:

Monday, 12 March 2018

Nak Jadi Cikgu??? PERMOHONAN PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP) AMBILAN 2018 (13 MAC 2018 sehingga 28 MAC 2018)  (Terkini)..KLIK DI SINI

Sebagai warga pendidik, kita amat berharap supaya ruang untuk pertambahan warga pendidik di seluruh Malaysia sentiasa terbuka luas,sebagaimana suasana sebelum ini. Kemeriahan dapat dirasai apabila ruang permohonan dibuka berdasarkan keperluan,pertambahan penduduk dan seumpamanya.Saya yakin ramai juga menanti dan menaruh harapan untuk berkecimpung dalam arena pendidikan yang mulia ini. Saya yakin ramai yang menunggu ruangan PERMOHONAN  dibuka.InsyaAllah perkhabaran yang menggembirakan akan menyusul,sama-sama kita doakan.
Semoga tercapai cita-cita yang diidamkan..aamiin

TIP-TIP TEMUDUGA  - Semoga Bermanfaat

Tuesday, 6 March 2018

EG TUKAR 2018


Saya mengandaikan memang ramai yang menunggu khabar gembira permohonan pertukaran diluluskan. Semoga rezeki kalian semua kali ini berjaya.

Permohonan EG TUKAR 2018
KEPUTUSAN Permohonan EG TUKAR 2018

Monday, 10 October 2016

Ustaz Hj. Zulkifli bin Hamat, Ketua Unit Dakwah & Kepimpinan,BPI KPM

Bersama Ust Hj Zulkifli Hamat,semasa menjadi Kem Komandan NKI peringkat Kebangsaan yang lepas.


KUNJUNGAN S.S Datuk Dr. Hj. Mohd Mohadis bin Hj. Yasin ,Mufti Negeri Melaka

Dipertanggungjawab mempengerusikan majlis ilmu Sohibussamaahah Datuk Mufti Melaka

Sunday, 22 May 2016

Keputusan EG TUKAR


  1. Assalamualaikum dan salam sejahtera,..kepada warga pendidik yang memohon eg tukar Jun 2017,saya mendoakan kalian berjaya dalan permohonan kali ini,pasti ramai yang menunggu khabar paling menggembirakan ini..saya sediakan pautan ke eg tukar..sila KLIK di sini https://epgo.moe.gov.my/..selamat berjaya..

Wednesday, 21 October 2015

Pautan PAJSK Pentaksiran Aktiviti Jasmani Sukan dan Kokurikulum Sekolah Rendah dan Menengah

Asslamualaikum dan salam sejahtera, bagi memudahkan carian para guru untuk mengisi PAJSK Menengah dan PAJSK Rendah saya sediakan pautan di sini PAJSK KLIK DI SINI. Semoga dapat membantu.Selamat menjalankan tugas.Semoga siap dengan sempurna.

Monday, 19 October 2015

Pautan HRMIS Untuk Kakitangan Awam

Assalamualaikum dan salam sejahtera,kepada sahabat seperjuangan sekalian, bagi memudahkan pencarian tuan puan dalam mengisi SKT dan perkara berkaitan, di sini saya sediakan pautan ke sistem HRMIS, sila KLIK DI SINI. Semoga dapat membantu dan memudahkan carian kalian.

HRMIS (SISTEM PENGURUSAN MAKLUMAT SUMBER MANUSIA)

Sumber : Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia 

Thursday, 15 October 2015

KEPUTUSAN PERTUKARAN GURU SESI JUN 2017

Assalamualaikum dan salam sejahtera,dalam tulisan kali ini,sama-sama kita menunggu saat yang menggembirakan iaitu permohonan pertukaran yang telah dibuat oleh para guru baru-baru ini diluluskan demi kelangsungan kecemerlangan tuan puan dalam bidang pendidikan.Saya yakin pihak yang berkenaan akan membuat pertimbangan yang sewajarnya.Saya mendoakan permohonan kalian diluluskan.

KLIK PAUTAN DI SINI untuk mengetahui KEPUTUSAN PERTUKARAN GURU SESI JAN 2016

Sumber : KPM

Wednesday, 14 October 2015

Program Sukarelawan Antarabangsa UNESCO Mesir-Jepun-Malaysia

Program sukarelawan UNESCO telah berlangsung selama 12 hari bertempat di Melaka dan SBP Integrasi Selandar telah diberi penghargaan untuk menjadi tuan rumah.Pelbagai aktiviti pertukaran budaya yang berbeza telah berlangsung dengan jayanya. Ia bermula dari 29 Ogos 2015 dan berakhir pada 29 Sept 2015.
Mesyuarat bersama wakil UNESCO, SBP Integrasi Selandar serta pemimpin setempat.
Jamuan selamat datang dan ucapan aluan malam ketibaan


Persiapan aktiviti

Praktikal menoreh getah

Lakonan Perkahwinan adat Melayu (Pengantin Lelaki -Mesir-Perempuan-Jepun) 

Program berlangsung dengan jayanya dan diakhiri dengan perpisahan untuk meneruskan perjuangan kehidupan di negara masing-masing.

J-QAF , DPLI dan KPLI 2016

Sebagai warga pendidik, kita amat berharap supaya ruang untuk pertambahan warga pendidik di seluruh Malaysia sentiasa terbuka luas,sebagaimana suasana sebelum ini. Kemeriahan dapat dirasai apabila ruang permohonan dibuka berdasarkan keperluan,pertambahan penduduk dan seumpamanya.Saya yakin ramai juga menanti dan menaruh harapan untuk berkecimpung dalam arena pendidikan yang mulia ini. Saya yakin ramai yang menunggu ruangan J-QAF , DPLI dan KPLI 2016 dibuka.InsyaAllah perkhabaran yang menggembirakan akan menyusul,sama-sama kita doakan.

Wednesday, 9 September 2015

Lawatan Bench Marking IPG Keningau

     Pada hari ini, bakal guru bahasa dari IPG Keningau telah bertandang ke SBP Integrasi Selandar buat pertama kali bermula jam 8.00 pagi waktu ketibaan dan berakhir kira-kira jam 1.00 petang. Para tetamu telah diberi taklimat terlebih dahulu oleh Pengetua Cemerlang, En Karim Bin Bayok, seterusnya mereka dihidangkan dengan sedikit jamuan keraian dan sejurus selepas itu mereka dibawa melawat sekitar kawasan sekolah.

    Alhamdulillah segala perancangan program telah berjalan lancar berakhir dengan perkongsian sesi PdP bersama guru-guru bahasa. Semoga program ini dapat memberi impak yang besar dalam meningkatkan kualiti PdP  dan profesionalisma perguruan kedua-dua pihak.


Wednesday, 8 April 2015

BENGKEL PEMBINAAN MODUL BAHASA ARAB NEGERI MELAKA 2015

Bertempat di SMKA Sharifah Rodziah, pada 7-8 April 2015,telah berlangsung Bengkel Pembinaan Modul Bahasa Arab Menengah Negeri Melaka. Perbincangan dan percambahan ilmu dapat dihasilkan melalui bengkel ini dan akan diteruskan pada masa akan datang.


Tuesday, 3 February 2015

Mesyuarat Program Tahbib Lughah Peringkat Negeri Melaka 2015


SBP Integrasi Selandar di bawah seliaan Panitia Bahasa Arab telah menjadi tuan rumah Mesyuarat Program Tahbib Lughah Peringkat Negeri Melaka . Ia telah berlangsung dengan jayanya dan telah dipengerusikan oleh Tn Hj Khairel Bin Mokhtar dan turut dihadiri tetamu kehormat Ust Che Mat Bin Che Leh.
Tarikh : 3 Februari 2015
Tempat : Bilik Mesyuarat SBP Integrasi Selandar, Melaka.

Friday, 28 November 2014

Borang Rumusan Aktiviti KoKurikulum

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Selamat bercuti kepada semua warga pendidik dan pelajar. Di sini ada pengumuman penting dan mohon tindakan segera daripada pelajar SBPI Selandar yang belum hantar Borang Rumusan Aktiviti Kokurikulum(LAMPIRAN C) dan Borang Rumusan Aktiviti Extra Kurikulum (LAMPIRAN D) sila ambil tindakan berikut :

1) Download borang dalam word.
  Borang Rumusan Aktiviti Kokurikulum(LAMPIRAN C)  dan
  Borang Rumusan Aktiviti Extra Kurikulum (LAMPIRAN D)

2) Sila isi lampiran C  sebanyak 3 salinan (Kelab dan persatuan, Sukan dan permainan, dan Unit beruniform)
Sila nyatakan nama bagi setiap kategori.

3) Hitamkan kotak pilihan anda sebagaimana berikut :

KLIK kotak pilihan,klik format kemudian pilih shape fill dan klik warna hitam (microsoft word)



Sekian terima kasih.

Friday, 4 July 2014

Pautan PBS OFFLINE untuk guru sekolah menengah.

Assalamualaikum dan salam sejahtera,kepada sahabat pendidik sekalian, untuk memuat turun bahan PBS offline yang perlu ada bagi setiap subjek boleh KLIK DI SINI . Semoga dapat membantu pencarian kalian.Terima Kasih.

PANDUAN PENGGUNAAN 
MODUL PEREKODAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID

Sumber : Lembaga Peperiksaan 

Thursday, 15 November 2012

Tip-Tip Temuduga , Semoga Berjaya.

Tip  1
Soalan Trik : Ceritakan Kelemahan Diri Anda

Sudah menjadi lumrah dalam temuduga sekiranya anda ditanya soalan trik yang 'rumit' untuk dijawab. Post kali ini memfokuskan berkenaan cara menjawab soalan"Ceritakan Kelemahan Diri Anda".

Soalan ini biasanya ditanya ketika hampir di penghujung sesi temuduga, dimana penemuduga menggunakan soalan ini untuk mengetahui dan menguji daya pemikiran kreatif calon temuduga.

Calon yang tidak berpengalaman kebiasanyaannya akan:
  1. Menjadi gugup,gementar dan mengambil masa yang panjang ataupun tidak berupaya untuk menjawab soalan ini dalam masa yang singkat.
  2. Menceritakan perihal keburukan diri yang boleh mengakibatkan panel penemuduga mengambil jalan singkat untuk mengenepikan permohonan calon tersebut.
  3. Cuba untuk mengelak dari menjawab soalan berikut dengan menanyakan soalan balas kepada penemuduga untuk melengahkan jawapan.
                                                                                                           [baca seterusnya]  

Tip 2
ASPEK TEMUDUGA
Terdapat dua aspek mustahak mengenai temuduga. Aspek-aspek itu ialah:
a. Persediaan 
b. Tingkah laku semasa temuduga

PERSEDIAAN
1. Selidik seberapa banyak maklumat  tentang pekerjaan yang anda pohon itu.
2.Anda hendaklah mengambil tahu tempat, tarikh dan masa temuduga akan diadakan dan hendaklah berada di tempat  temuduga itu
10 minit sebelum temuduga itu dimulakan. JANGAN SEKALI-KALI DATANG LAMBAT.
3. Pakailah pakaian yang bersesuaian, kemas dan bersih.
4. Anda perlu bersedia menjawab semua soalan-soalan yang dikemukakan oleh penemuduga.
5. Pastikan semua sijil-sijil, dokumen-dokumen dan surat-surat asal di bawa bersama dan salinan disahkan sebelum ditemuduga.
                                                                               [baca  seterusnya]            

Tip 3

TIP TEMUDUGA


Melalui tulisan ringkas ini, beberapa perkara penting yang perlu diambil perhatian oleh seseorang calon temuduga. Sudah pasti bukan semua aspek sempat untuk saya coretkan, terutamanya saya bukanlah seorang pakar bab pengurusan dan temuduga. Namun masih boleh berkongsi pengalaman.
Secara ikhlas, terdapat beberapa kelemahan nyata bagi kebanyakan calon-calon, kelemahan tersebut juga berulang-berulang.

SOALAN BIASA

Tidak kiralah samada interview di dalam Bahasa Inggeris, Melayu atau Arab, soalan awal adalah :-

“PLEASE INTRODUCE YOURSELF” ATAU “SILA PERKENALKAN DIRI ANDA”

Ini adalah ayat biasa yang digunakan oleh panel untuk memulakan sesi temuduga.
Jawapan calon bagaimana?




Monday, 12 November 2012

Tahniah Kepada Yang Berjaya Mendapat Tempat Temuduga DPLI j-QAF 2013

Sekalung tahniah diucapkan..calon yang masih belum berjaya,ustaz  harap  jangan putus asa..cuba lagi lain kali.

[SEMAKAN PANGGILAN TEMUDUGA]


Anda layak untuk menghadiri Temuduga Program Diploma Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah
(DPLI-SR) j-QAF Mod LPBS Ambilan Tahun 2013.
Berikut adalah maklumat temuduga tersebut.
| Maklumat Calon |
No. Kad Pengenalan:************
Nama:*** *******  ** ** ********
Program:A210A0000L - BAHASA ARAB
Pusat Temu Duga:DMA1001 - DMA1001E
Alamat:INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KOTA BHARU
:PENGKALAN CHEPA
16109
KOTA BHARU KELANTAN
Tarikh:21-Nov-2012
Masa:08:00 AM
   Arahan :
  Sila ambil perhatian kepada perkara berikut. Anda dikehendaki mencetak :
   i) Surat Panggilan Temuduga
   ii) Borang Maklumat Diri
   iii) Kertas Penulisan Pengalaman dan Penyataan Hasrat
   iv) Surat Perakuan Diri (Penempatan IPG & Sekolah)